Assalamualaikum Readers 🙋🏻♀️
NEW AJAX Frangipani & Rose | AJAX Orange Zest & Jasmine | Hari-hari update entri resepi, maaf kalau buat terliur dan buat masa sekarang tak boleh blogwalking guna fon, tak keluar nama blog bila komen, terima kasih uollsss yang rajin komen dan baca 🙋🏻♀️ Habis PKP Nina terjah okayy. Kalini nak review produk multi-purpose cleaner. AJAX antara brand yang digunakan sejak kecil 😅 Menjadi kewajipan setiap minggu mesti mop lantai sebabnya lantai akan ada 2 tapak kaki iaitu manusia dan kucing 😬😬 Sejak start PKP ni, selang 3 hari akan mop lantai. Kerajinan terserlah 🤪
|
NEW AJAX Frangipani and Rose RM 12.40 (1.5 L) |
|
AJAX Orange Zest and Jasmine faveret Nina |
Bau faveret Orange Zest and Jasmine . Puas cari segenap pelusuk hypermarket tak jumpa. Tak pasti AJAX dah tak keluarkan produk ni atau kehabisan stok. Memang wangi baunya. Kombinasi bau orange dan jasmine menusuk ke kalbu. Nak habiskan botol 1 liter ni dalam 2 tahun 😂😂 Selain mencuci lantai, dinding mozek, mangkuk jamban dan bilik air, akan guna untuk cuci jamban kucing. Kucing 2 ekoq memang suka bau ni, pantang mop lantai berlari-lari dan jadilah tapak, comel tengok tapak kaki tu. Automatik tuan jadi Hulk 🦖
|
Musim Covid-19 tak dibenarkan beli berlebihan |
|
Wangi juga Frangipani & Rose . Bau lembut dan tak kuat, Kombinasi 2 bunga ni memikat, sesuai untuk orang yang sukakan bau fresh dari bunga segar |
|
Warna pink! |
Produk terbaru AJAX Frangipani & Rose ni baunya tak sekuat Orange Zest & Jasmine. Bau lembut dan wangi, macam shower gel. Rasa nak makan pun ada. Apa yang penting tetap wangi selesai kerja-kerja mop. Lantai wangi hati pun senang. Shine bright like a diamond bak kata Rihanna. Semalam keluar news mengatakan haiwan peliharaan juga boleh dijangkiti Covid, terutama kucing yang dibiarkan lepas ke rumah-rumah jiran. Pastikan haiwan peliharaan bersih dan kerap mandikan. Semoga kita dilindungi.
|
Baru lepas mandi baru boleh landing atas lantai. Kucing-kucing pun kena PKP, nak keluar kena ada orang teman |
Suka bau orange..rasa segar..
ReplyDeleteHa'ah..bahaya jg kalau berjangkit kat haiwan..stay safe..
Kitorang pun guna Ajax ni tapi bahan lain. Baguslah Nina ni boleh jadi duta. Saya tertarik nak cuba dengan Orange Zest dan Jasmine lepas Nina cakap wangi. Tunggu lepas PKP insya Allah nak cuba dan beli.
ReplyDeletecomelnye meow.. rasa nak buli je..hehehe
ReplyDeleteselalu beli yang pepel lavender tu..
ReplyDeletenxt blh try ini..
Bagus la tu awak spend masa dirumah bersih2 kan rumah. Macam menarik je bau dia. Saya pon suka bau yang lembut dan fresh. Cuma saya tak rajin mop lantai hahaha
ReplyDelete