Assalamualaikum Readers
Pokok Bayam Brazil Beli Di Lazada | Cuti PKP boleh dikatakan Nina manfaatkan masa yang ada selain buat workout untuk maintain badan dan berat, cuba masak bermacam jenis resepi baru, hafal surah dan bercucuk tanam 😜😁 Satu pencapaian tahun 2020 yang tak disangka-sangka 💪🏼💪🏼 Dah lama aim nak tanam pokok bayam Brazil ni, terjebak dengan blogger Azhafizah dan Alia 🤣🤣 Dua orang ni memang kaki tanam dan masak. Kalau ke rumah blogger Alia, banyak pokok dia tanam, petik dan terus masak. Harap boleh ikut jejak mak, kaki gardening juga. Admire 😍😍
Anak pokok bayam Brazil beli di Lazada |
Tunggu dalam masa 2 minggu dah boleh petik daun bayam Brazil ni. Tanam dalam pasu gantung, jimat ruang |
Pokok bayam Brazil dikenali sebagai Sissoo spinach atau sambu ini antara salad kegemaran rakyat Brazil (makan mentah bersama tomato dan minyak zaitun) tapi di Malaysia macam-macam jenis masakan boleh dapat di google 😋 Tak sabar tunggu anak pokok bayam ni membesar. Nina order hari khamis minggu lepas dan semalam dah sampai rumah tunang. Pagi ni dah alang nak ke klinik terus bawa ke rumah. Berminat nak beli anak pokok bayam Brazil di Lazada boleh terjah link ni 👉🏽👉🏻 Bayam Brazil RM 8.00
Anak pokok bayam Brazil di bungkus kemas dalam polybag dan diwrap dalam kotak |
Alhamdulillah anak pokok sampai dalam keadaan baik dan sudah selamat Nina pindahkan ke pasu gantung. Next time nak beli pokok basil, oregano dan bunga melur 😅😅 Kalau dah terjebak tu memang tak boleh buat apa. Tambah-tambah tanam pokok dan menjadi, lagi suka hati 😆😆😆
Menarik la..nak check kat lazada laa
ReplyDeletesenang x jaga bayam ni? Ummi ade beli pokok jugak scr online.. tgh cr pokok yg sng tanam dalam pasu..
ReplyDeleteSenang tanam, senang biak, khasiat pun banyak.
ReplyDelete