11 Apr 2020

Beri Monyet Liar Makanan

Assalamualaikum Readers


Rezeki apa yang kongsi dengan monyet tu? Semalam ke Mydin beli barang, waktu balik nampak monyet-monyet ni tunggu tepi jalan. Dah lama niat nak sedekahkan buah. Nina tak share dengan orang bab sedekah. Simpan dalam blog buat tatapan di hari tua. Waktu PKP ni banyak bantuan, Alhamdulillah dapat bantuan makanan dan wang, salah satunya dari parti (UMNO & PPBM-tunang a.k.a bendahari Sungai Gelugor). Katanya bila bagi bantuan ada sesetengah orang tak terima dengan alasan tak suka parti, tak suka YB dan sebagainya. Macam-macam perangai manusia time Covid 🤦🏻‍♀️ Pagi ni dapat bagi monyet-monyet makan. Jalan ada roadblock polis tapi Alhamdulillah tak kena tahan sebab dorang nampak apa Nina buat 😂😂


Excited cari betik. Comel tengok, di mulut masih ada buah


Total beli buah-buah ni dalam RM 10


Dah siap bahagi untuk monyet-monyet di kiri dan kanan jambatan



Salah satu nak cari pahala dengan sedekah, ada juga bantuan yang dapat tu, keluarga bagi kepada orang lain sebab stok makanan banyak. Dah beli sesiap 😬 Sama juga monyet ni, jalan yang selalu guna nak pi kerja tu, waktu pagi mesti hadap jem. Terhibur tengok gelagat monyet-monyet pokok bakau tu, ada panjat tiang lampu. Setiap hari ada orang berhenti bagi makan tapi sejak PKP dah kurang. Ada satu hari, Nina tengok sekor anak monyet dah mati kena langgar 😭😭 



Ada yang takut-takut nak makan tapi jinak tak macam di Botanical Park Penang, nampak orang pegang makanan terus kejar


Kalau zoom boleh nampak apa aktiviti monyet waktu tengahari


Buah don’t care janji ada kawan tolong carikan kutu. Haha



Seronok kalau dapat involve bagi bantuan macam tunang, cari nama-nama orang yang memerlukan. Walaupun tak tolong manusia, still tolong haiwan pun dapat pahala. Ada cakap kat tunang, bagi sedekah dekat manusia, macam-macam peel, bagi sedekah haiwan, tak banyak komplen, hati tenang. Tak gitu 💁🏻‍♀️ In Shaa Allah ada rezeki lebih, boleh borong buah pisang dan tembikai susu pula untuk monyet ni 🙈🙊



Tak dilupakan kucing-kucing jalanan tak pun kucing kelaparan sebab tuan tak bagi makan. Wajib simpan dalam kereta


5 comments:

  1. Alhamdulillah
    Rezeki dikongsi sesama hidupan

    ReplyDelete
  2. terharunyaaa...mesti happy kan monyet-monyet tuu

    ReplyDelete
  3. Betul tu binatang tak cerewet sangat. Sayapun cuma dapat pada burung dan kucing yang datang kat rumah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..mereka pun terkesan jg sbb kurang org bagi makan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah nina, amalan yang baik sangat dan besar ganjarannya, in shaa allah

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com