Assalamualaikum Readers
Resepi Makaroni Goreng Ayam Cheese | Cerita RMO Sabtu lepas, hari-hari pening fikir nak masak apa. Makan nasi pun jemu. Tetiba ada ja keinginan tunang ni dia wasap nak singgah rumah lepas submit form di JPS Seberang Perai Selatan. Teringin nak makan makaroni lepas tengok ig story member 😅😅 Musim covid ni orang stay rumah tapi tunang selang sehari keluar pi beri bantuan lah, kalau submit form tu memang suka singgah rumah. Dah macam mai rumah mak mentua, tak segan. Siap boleh request nak makan tu makan ni. Amboii 🙄 Kali ini dapat rasa masakan tunang. Ingatkan tak pandai masak rupanya boleh.
Makaroni goreng ayam cheese bersama sayuran |
Bahan-bahan meriah |
Potong kesemua bahan-bahan ni siap-siap |
Chef in the house, asyik tanya bila nak update entri masakan dia |
Dah alang nak makan makaroni, kami keluar pi Econsave area rumah, tak ada roadblock selamat sikit. Lama tak masak jadi stok tak ada. Makaroni menu paling senang nak masak. Masak dengan apa pun sedap, nak lebih sedap kena campur banyak bahan itu saja. Boleh pelbagaikan menu ikut selera masing-masing cuma makaroni Nina lebih pedas sikit sebab tunang suka makan pedas. Lebih suka goreng makaroni yang ada sayur dan seafood.
Bahan-bahan :
100g Makaroni
1 Sudu buttercup
3 Ulas bawang putih (dicincang)
Setengah batang lobak merah
5 Batang putik jagung (baby corn)
Serbuk cili
Sedikit perasa
1 Biji telur
1-2 Keping keju cheddar
6 Ekor udang
4 Batang crab stick
Separuh ayam kisar Ramly
1 Sudu lada sulah
Garam secukupnya
Cara memasak :
1. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air untuk rebus jagung muda terlebih dahulu selama 10 minit sebelum masukkan lobak merah.
3. Dah nampak kedua-dua sayur tukar warna, masukkan ayam kisar, udang, lada sulah, sedikit perasa dan garam.
4. Masukkan crab stik yang siap dipotong, jangan kerap kacau nanti crab stick hancur. Biarkan seketika sebelum masukkan makaroni.
5. Siap goreng makaroni, boleh masukkan telur dan kacau sebati dan kemudian letakkan cheese. Cheese bergantung nak letak banyak pun boleh kalau nak rasa nak rasa lemak-lemak tu.
6. Dah siap gaul kesemua bahan boleh masukkan serbuk cili untuk lebih rasa pedas. Nak pedas boleh tambah cili padi.
Masak sayur-sayuran dulu sampai empuk |
Masakkan ayam kisar tu dahulu sebelum udang dan crab stick |
1. Tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air untuk rebus jagung muda terlebih dahulu selama 10 minit sebelum masukkan lobak merah.
3. Dah nampak kedua-dua sayur tukar warna, masukkan ayam kisar, udang, lada sulah, sedikit perasa dan garam.
4. Masukkan crab stik yang siap dipotong, jangan kerap kacau nanti crab stick hancur. Biarkan seketika sebelum masukkan makaroni.
Siap masak kesemua boleh masukkan telur |
Cheese ikut suka nak letak berapa keping |
Cili flakes tak ada boleh guna cili ground |
5. Siap goreng makaroni, boleh masukkan telur dan kacau sebati dan kemudian letakkan cheese. Cheese bergantung nak letak banyak pun boleh kalau nak rasa nak rasa lemak-lemak tu.
6. Dah siap gaul kesemua bahan boleh masukkan serbuk cili untuk lebih rasa pedas. Nak pedas boleh tambah cili padi.
Guna spaghetti bentuk spiral pun boleh kan. Yup suka letak sayur sedikit walaupun dalam macaroni goreng.
ReplyDelete