18 January 2019

Pertama Kali Jadi Pengapit @ SHERA x ZARIL


Assalamualaikum Readers

 
Pertama Kali Jadi Pengapit SHERAxZARIL | Musim cuti sekolah mestilah musim kawen-kawen, kalau scroll dalam FB dalam IG berderet gambar orang kawen, yang tak kawen lagi ni mesti rasa bestnya kalau dapat kawen. Haha.. Doa semoga urusan Nina dipermudahkan Allah. Bila dah ada jemputan, maka pakat angkat kuali berjemaah. Dalam bulan 11 dan 12 dapat jemputan 5 majlis daa.. (Ini entri peram dari 1 Dis 2018 ye) . Antara jauh dan dekat, antara rajin dan malas kena buat keputusan. Ditambah nak kira bajet minyak dan tol lagi. Jadi Nina main dadu, yang mana kawan baik saja kena attend. Kira pilih bulu juga (ada yang nak kawen baru teringat kawan, kalau tak sombong).
 
 
Panas betul time ni, nak senyum pun macam terpaksa je muka tu. Ehem pengapit lelaki single lagi, cousin groom.
 
Gambar ni makcik bawang tanya kenapa tak pakai heels? Habis tu nak lebih tinggi dari pengantin
 

 
Kali ni attend kenduri kawen kawan kursus MARA di Kubu Gajah, Selama, Perak. Pengantin kan lagi 2 hari nak kenduri baru wasap bagi tau minta jadi pengapit. Pertama kali, Nina jadi pengapit. Memang tak ada pengalaman. Maceh pengantin bagi peluang nak jadi pengapit hari tu. Terharu angat-angat, macam terima award. Pasangan pengantin ni satu sekolah, datang raya rumah Shera ni mesti berteka-teki mana satu bakal suami dia sebab ramai sangat lelaki. Hadeh.. Terjawab sudah.
 


Maceh bf, kesian kena makan sorang-sorang. Haha (bukan senang dapat makan best)

Semua simple! Dari pelamin hingga ke baju


 
Wedding ni tahun lepas, bayangkan dalam sehari ada 3 kenduri kawan. Ya rabbi, mana 1 nak pergi ni, last-last 2 majlis lagi di Kulim tak pergi. Faham jelah dah jadi pengapit ni mana boleh balik awal. Nak ternak lemak lagi, selfie tu wajib. Hurm.. kalau lah ada pintu Doreamon kan senang. Haha.. Tak ada kes nak merajuk ke kecik hati ke apa kan. Tahniah di ucapkan buat Shera dan pasangan, dari raya tahun lepas berteki-teki mana 1 orangnya bila tengok ramai beno kawan sekolah dating beraya. Hahah.. Pandai depa simpan rahsia. Apa pun sedap lauk kenduri.
 

Kawan sebilik, sebantal

 
 
SELAMAT PENGANTIN BARU
 
NURUL SYAHIRAH OSMAN & ZARIL FIKRI DARUS


2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com