14 June 2011

Anak Tunggal (Part 2)



Malam nie borink sikit.
Kenapa ye? sebab bilik dah nampak macam bilik kot.
Sambil menghadap screen lappy & kunyah swingam.
Nak sambung part 2 pulak, 
kalo sape yang dah baca entri lepas mesti diorang faham dilema aku nie.


Kelebihan menjadi anak tunggal


 Mungkin sesetengah orang akan cakap beruntungnya aku dilahirkan sebegini tapi pada masa yang sama ada orang akan cemburu dengan kelebihan aku. Mula ada PHD kan. Macam tu la manusia, bila tunggal nak adik beradik, bila ada adik beradik nak tunggal. Sekarang nie bersyukur dengan apa yang ada.

1) Bole dapat apa saja
Orang kata anak tunggal bole dapat apa saja yang diminta. Memang betul. Masa kecil, apa yang aku minta semua dapat. Nak patung Barbie dapat, nak Play Doh dapat satu set. Kalo ada situasi dimana mak aku tak nak beli apa yang aku minta, aku akan cakap "..tak ada sape pun syg Nina.." & mak keluarkan duit sambil buat muka.

2) Tak perlu berkongsi
Kesian kat korang yang ada ramai adik beradik kena kongsi segala benda. Aku? Well tak payah berebut nak tengok cete telenovela Sepanyol kat tv but now terpaksa berebut dengan ayah semata-mata Nora Elena.

3) Dapat lebih perhatian
Segala kasih sayang mak ayah & pakcik makcik, atuk nenek dicurahkan pada kita. Bukan aku nak riak ke apa, tapi cuba korang tanya Mak Long atau Mak Ngah aku; siapa anak saudara yang paling mereka sayang? Jadi setiap tahun aku mesti dapat duit raya lebih dari sepupu lain. 

4) Tiada tekanan
Tiada bandingan yang akan dibuat. Kalo aku dapat nombor yang tinggi dalam peperiksaan pun, aku masih lagi jadi anak yang pandai dalam keluarga. Kalo nak berumahtangga, aku tak perlu tunggu kakak yang disyaki lesbian untuk kahwin terlebih dulu.

5) Anak tunggal selalunya cantik
Yeke? mengikut kata kawan yang juga anak tunggal (lelaki, dia tu perasan sebab hensem). Bukan aku nak perasan ke apa, tapi teori ini bole dipakai. Ok, tuhan sudah takdirkan yang aku menjadi anak tunggal. Sebab aku nie anak tunggal, segala gene akan turun kat aku sorang tanpa perlu berkongsi dengan orang lain (+ mak berketurunan siam). Ok, kita ambil contoh Qila, dia ada 5 orang adik beradik. Kecantikan dia hanya 1/6 daripada manusia biasa sebab dia terpaksa berkongsi wajah dengan adik beradik lain.


*mak sudah pesan,
nanti beri cucu banyak sikit at least 3 orang.
Aaiiiyaaaaaa, cannot GO!
Dia tak kisah siapa bakal menantu (Hantu),
asalkan bole jaga aku..


3 comments:

EZAN IDMA said...

bole dpt apa saja? ok jeles -_- tp pic tu cute :) hehe

Intan Tengku Bokhairi said...

intan sulung and ada adk prempuan sorg. yeahh mmg harus bkongsi lah. sharing is caring. sampaikn i pendek dia tinggi sgt. haha

ghost writer said...

anak tengah lagi best..tak perlu terbeban dengan harapan.bebas.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com