1 June 2011

Karak & Volkswagen Kuning


Jom tengok wayang
peminat filem seram mesti tengok KARAK
filem yang bole tahan seram dan filem hantu yang benar-benar wujud?


kalo lalu je Karak Highway mesti rase seram
nasib baik la lalu tengahari time nak gi Genting dulu
lepas dengar cete macam2 buat meremang bulu roma 
Dalam movie nie ade satu kisah benar 



Mengisahkan 4 orang pelajar yang on the way ke Kuantan, tapi jalan jem teruk menyebabkan mereka terpaksa ikut jalan lama. Apakan daya mereka diganggu oleh hantu-hantu di sepanjang jalan itu hingga mereka accident. Dah la accident, termasuk pula kat kawasan orang asli yang lagi la berhantu. Scary kan? Banyak hantu-hantu ini sebenarnya telah menjadi buah mulut masyarakat kita. Jadi, berjaya tak 4 orang ni mengharungi malam tersebut di kawasan orang asli? Berjayakah mereka merentasi laluan Karak : Laluan Puaka. 



Misteri Volkswagen Kuning

Kisah kereta Volkswagen kuning yang berhantu di lebuhraya Karak sejak tahun 1956 sehingga kini. Kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam & merampas kereta Volkswagen kuning suaminya. Si suami mati sambil menyimpan dendam untuk memiliki semula kereta itu, kalo betul hantu Volkswagen nie wujud  & pernah dilihat orang, itu adalah jin. Volkswagen nie muncul secara tibatiba & jika pemandu memotong kereta itu, ia akan berada di hadapan secara mengejut. kalo dibiarkan, kereta itu akan muncul balik. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan kereta nie. Kalo korang dekat highway terserempak dengan kereta takde no.plat baca ayat suci ye. Drive macam biasa, cool. Mungkin dia lalu berulang-ulang sampai korang kuar dari kawasannya.



Antara babak2 yang seram sampai menjerit aku..
kereta Volkswagen kuning yang takde pemandu tapi ada penumpang
seramkan kalo betul2 jumpa kat highway Karak


budak nie duduk kat depan terowong sambil cari mak die


hantu yang agak menakotkan dari filem lain
kalo muncul depan korang bole teberak nie


budak nie dah macam kassim selamat dengan mata kena cucuk garpu
jack pula muka macam tu, muntah hijau aku tengok


antara quote yang aku suke :


  • ‎"Kenapa lari? Kata orang beriman...."
  • ‎"Cik ni bagi saya suspenlah, main malam-malam dalam gelap ni. Orang tak main dalam gelap cik. Lainlah cik ni macam......"
  • "Encikkk..boleh bantu saya Encikkkk..."
  • "Abang nampak mak saya takkk..?"

2 pelakon Karak yang sweet, Shahir AF8 dengan Shera Ayob
mereka nie orang Ipoh


Terowong Menora, Ipoh
terowong ke 2 yang menyeramkan kalo balik Ipoh tengah malam
macam bulan lepas drive kereta masa tu pkul 2 pagi balik asrama
*kisah orang memandu dalam terowong tapi tak jumpa jalan kuar, 
kisah prempuan menumpang kereta & penunggang misteri skuter putih 
tapi paling terkenal Volkswagen kuning.



p/s: kalo berani tengok la cete nie..ingat kita tak nampak makhluk halus tapi mereka nampak kita.

5 comments:

ghost writer said...

ianya satu cerita yang disampaikan dari sorang kepada sorang...lama kelamaan ianya sudah menjadi satu 'mitos' atau momokan pada sesiapa supaya tak drive lewat malam...takut time tuh ngantuk giler dan mamai lalu bermacam-macam nampak sedangkan ianya tak lebih dari igauan jer...n then accident.

sebenarnya citer nih tak lah menyeramkan sangat pon cuma pada part2 yang lain terlalu dilebih-lebihkan...

hassudi morshidi said...

salam sis...cerita ni x seram lansung.....

kt jgn pcaya benda2 yg karut begini....syaitan.....

naz said...

fuhhh bergoyang iman macam ni haha

Amanina Sofea said...

Gw: yup..mungkin la smpaikan org tkot nk lalu jalan kt pekan karak tu.. seram sbb sound effect je kot..

Amanina Sofea said...

Hassudi: wsalam bro..btol lajgak xseram tp tetap mnjerit..

insyaallah xkn pcaya.. :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com