7 Oct 2022

Bawa Harraz Ke Cherok To' Kun (Hutan Simpan)

 Assalamualaikum readers


Bawa Harraz Ke Cherok To' Kun (Hutan Simpan) | Hampir terlupa nak abadikan dalam blog sebab semua gambar dalam phone hubby. Terletak di kawasan hutan simpan Bukit Mertajam, nama Cherok To'Kun bukan asing lagi. Dah lama berhasrat nak hiking di sini dari zaman single tak dapat-dapat. Trail tak lah susah sangat. Kawasan ini akan di tutup sehingga bulan 12, 2023. Untuk memulihara kawasan hutan. 



Jernih dan sejuk air bukit. Boleh diminum tanpa was-was

A few minutes later....

Nasib la nak tak bawa baju, kalau tak jadi anak itik dah



Dahulu kawasan ini merupakan tempat rekreasi sebab ada air terjun, selepas dijadikan hutan simpan kawasan mandi dah di tutup. Mungkin atas faktor nak menjaga alam sekitar. Yang ada hanya air yang mengalir dari batu dan akar pokok. Boleh la rendam kaki Harraz. Jadi parents ni kena la bawa anak explore alam sekeliling, kalau tak nak anak jadi anxiety bila besar nanti. Takut nak cuba sesuatu. Dah la lahir zaman covid. 


Tak pasti berapa usia pokok di sini. Yang pasti akar pokok besar-besar

Nampak agak tak sesuai untuk kanak-kanak, tapi selagi boleh jalan, kami bawa

Musim hujan atau tengkujuh, baru kawasan ni penuh dengan air


Starting dari sini, Harraz dah suka mandi air terjun. Tak takut tapi suka termasuk kalau ke pantai. Tak ada rezeki lagi nak hiking macam zaman-zaman muda. Dapat tengok nature pun jadilah 😂

16 comments:

  1. Bagus Nina kenalkan anak dengan alam semulajadi.

    Akak pernah sekali hiking sini, ikut jalan tar sampai view point. Ikut denai hutan belum cuba lagi. Teringin nak pergi pokok besar yang terkenal tu.

    ReplyDelete
  2. wah memang layan la masuk hutan...love nature

    ReplyDelete
  3. Sekali-sekala sedut udara segar, bagus untuk kesihatan anak jugak. Wujud sungguh rupanya tempat nama Cherok To Kun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sal. nanti tak ada lah anak takut2 dgn dunia luar. suka hiking sini lah tempatnya

      Delete
  4. Tenang, dapat masuk hutan, tengok pokok-pokok.
    Ada juga akak perasan, orang hiking di bukit cherok to kun ni, nampak aktiviti di aplikasi Strava. :)

    ReplyDelete
  5. wahhh seronoknya harraz tracking hehehe

    ReplyDelete
  6. suka air terjun ke? ke sebab harraz suka main air..hehe ank buah yaya pun suka main air

    ReplyDelete
  7. sesekali menjengah keindahan alam. Alangkah bagusnya!

    ReplyDelete
  8. wah...cantik, tenang dan mendamaikan suasananya

    ReplyDelete
  9. Menarik tempatnya. trail pun nampak mudah. Baguslah dijaga kawasan macam ni.

    ReplyDelete
  10. Wah.. bestnya.. back to nature..

    ReplyDelete
  11. tunggu lps musim hujan bolehlah bw budak kenit tu mandi air terjun hehe

    ReplyDelete
  12. Betul itu. Kenalkan anak pada alam semulajadi.
    Mesti Harraz rasa seronok rendam kaki dalam sungai.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com