18 Jun 2025

Ejen Ali The Movie 2

Assalammualaikum readers


Ejen Ali The Movie 2 : Misi Satria | Kali kedua Nina dan hubby bawa Harraz tengok wayang dan berjaya tengok hingga habis. Sambungan dari sekuel kedua selepas filem Ejen Ali The Movie pada tahun 2019.



24 Mei (sabtu) macam biasa di TGV Cinema, 1st Avenue Mall. Parking mudah untuk late nite show.


Sinopsis :


Ali diberi mandat penting untuk mengetuai sebuah teknologi rahsia yang dikenali sebagai Projek Satria - program elit yang menggunakan sut berteknologi tinggi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ia bertujuan melatih generasi baharu ejen M.A.T.A yang mampu menguasai 4 kemahiran utama organisasi : Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.



Namun, Misi tersebut menjadi kompleks apabila muncul Rizwan, bekas Ejen M.A.T.A bersama dua penjahat, Dos dan Trez, yang dahulu berkhidmat di bawah Uno. Rizwan yang pernah menjadi penyokong setia Ali, nampak seolah-olah mempunyai agenda tersendiri. Dia juga memohon bantuan Ali untuk menjejak dalang sebenar di sebalik siri ancaman yang menggugat keselamatan Cyberaya.




Alicia sebagai seorang Ejen M.A.T.A telah diberi peranan baru sebagai pemakaian IRIS yang sebelum ini digunakan Ali. Pada masa yang sama, Neonimus seorang penggodam misteri yang menyimpan dendam pada Ali, muncul kembali. Niat sebenar disebalik tindakannya mencetuskan kekacauan menjadi tanda tanya.



Bagi mengukuhkan pertahanan Cyberaya, agensi rahsia M.A.T.A memperkenalkan barisan Ketua Teras baharu iaitu Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), disokong oleh pemimpin berpengalaman seperti Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Perubahan ini membuka peluang untuk Neonimus mengambil kesempatan menyerang kota futuristik ini.

_____________________________


Tahniah kepada WAU Animation kerana menghasilkan animasi dari rambut ke bulu roma, setiap watak nampak sempurna. Pergerakan natural, ekspresi wajah realistik dan aksi yang macam ada dalam game. Filem ini menggunakan gabungan teknologi real-time rendering dan kecerdasan buatan untuk mempercepat dan memperkemaskan proses animasi. 


Adegan pertarungan kali ini lain, setiap pergerakan ada strategi dan emosi. Perlawanan dalam mode override antara Ali dan Alicia antara scene yang menarik. Scene penutup amat memuaskan dan ada sekuel ketiga kerana hint yang jelas Neonimus bakal datang dengan masalah yang lebih besar.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com