Assalammualaikum readers
Review Filem Kraven The Hunter (2024) | Filem keenam yang diterbitkan dibawah Sony Spider-Man Universe yang menyentuh elemen kekeluargaan, warisan alam. Watak antagonis juga sedikit berbeza dengan 2 watak yang mempunyai keistimewaan masing-masing.
Suka watak The Foreigner yang ada kebolehan dalam memanipulasi hingga dapat membunuh mangsa dengan mudah. Watak Rhino tak berkembang, kebolehannya terletak pada kekuatan dan kekebalan.
Sinopsis :
Mengisahkan Sergei Kravinoff, yang dilahirkan dalam keluarga mafia dan ayahnya, Nikolai Kravinoff obses dalam pemburuan binatang dengan matlamat untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan sebagai ketua.
Sergei yang hampir mati diterkam oleh singa telah diselamatkan oleh Calypso, seorang gadis, dengan memberi satu minuman tradisi nenek moyangnya. Minuman tersebut telah membuatkan Sergei berubah menjadi manusia hebat dengan ciri-ciri pemangsa yang rakus memburu mangsa.
Mangsa yang dicari kebanyakannya adalah pemburu haram yang membunuh haiwan semata-mata untuk kekayaan dan kuasa. Sergei kerap memburu hingga hidupnya diburu oleh Rhino yang mahu meluaskan empayar dan memusnahkan legasi Nikolai. Walaupun Sergei tidak kisah akan empayar ayahnya, dia tetap berdepan dengan masalah apabila adiknya diculik.
Filem ini menggabungkan elemen aksi dan drama yang baik, tetapi terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Lakonan Aaron Taylor-Johnson sebagai Kraven sangat penuh dengan emosi tetapi keseluruhan filem ini masih kurang memuaskan.
🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.