13 Feb 2016

Original Tok Hery Char Koay Teow, Kulim

Salam Readers..


Original Tok Hery Char Koay Teow, Kulim | Char Koay Teow Ketam Kulit Lembut | Tempat Makan Best Di Kulim, Kedah | Peminat tegar char koay teow wajib terjah sini okay. Memang menepati selera Nina, dah lama cari kedai yang betul-betul pandai masak char koay teow. Yang best tu kat sini ada ketam lembut ! Yess.. first time makan. Memang nak lagi :)



Balik dari bercuti raya cina, 8 Februari (Isnin) lepas team @projekbloggerutara di jemput untuk merasa Char Koay Teow Ketam Lembut. Dari Sungai Petani ke Kulim untuk berjumpa dengan tokey kedai. Orang-orang utara meh lah singgah makan.



Original Tok Hery Char Koey Teow, Kulim

Bersebelahan dengan Gedung Ten Ten dan Eco RM2

ORIGINAL TOK HERY CHAR KOAY TEOW, KULIM


Telah dibuka lebih kurang 9 bulan yang lalu. Di sini disajikan dengan pelbagai jenis menu berasaskan Char Koey Teow. Macam-macam pilihan ada. Menu special mesti lah KETAM LEMBUT. Ketam yang tiada kulit, tak perlu buang kulit boleh makan gitu. Bagi penggemar seafood ini lah tempatnya. 



Original Tok Hery Char Koay Teow Kulim Kedah
Terliur tengok ketam lembut ni



Ketam kulit lembut ni digoreng celup tepung, apabila makan akan rasa masin-masin sikit dan RANGGUP. Boleh makan sekor ketam begitu saja tanpa kulit. Isi ketam JUICY dan manis.  



Ini lah rupa ketam lembut saja close up sangat ranggup




SENARAI HARGA MAKANAN & MINUMAN


Banyak menu makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan. Juga disedikan dessert seperti ice cream. Banyak makanan sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana. Hehe


menu tok hery char koay teow kulimmenu tok hery char koay teow kulimmenu tok hery char koay teow kulimmenu tok hery char koay teow kulimmenu tok hery char koay teow kulim




MENU DI ORIGINAL TOK HERY CHAR KOAY TEOW


Alhamdulillah, kami dapat rasa sendiri menu istimewa char koey toew ketam lembut dan beberapa menu yang lain. Owner beri kelonggaran untuk cuba menu-menu yang lain. Bagi bukan penggemar char koay teow jangan risau korang boleh cuba menu lain macam Nasi Goreng Ikan, Maggi Goreng, Set Ketam Lembut bersama French Fries. Dessert seperti Ais Krim Goreng juga ada.


Char Koay Teow Ketam Lembut (Kerang + Ketam Lembut)

Char Koay Teow Ikan (Kerang + Ikan Dowry - pilihan Zaf)

Char Koay Teow Seafood (Kerang + Udang + Sotong - pilihan Nina)


Set Ketam Lembut (Ranggup bila diratah begitu saja)

Maggi Goreng

Nasi Goreng Ikan


Soda Float sangat sedap ! suka ice cream rainbow


Buat korang yang tertanya masa serve makanan di sini? Memang terasa kejap kerana mereka ada dapur besar dengan 2 orang tukang masak untuk char koay teow dan masakan panas. Masa interview melalui phone dengan tokey kedai, Encik Hery sendiri mahir memasak char koay teow. Itu yang tambah special. Bukan calang orang, banyak pengalaman. 


Tukang masak tak ramai demi menjaga kualiti char koay teow tu. Kalau ramai nanti rasa dah lain-lain. Teringin juga nak makan masakan yang Encik Hery masak.  


DEKORASI KEDAI YANG MENARIK


Hiasan dalaman kedai yang menarik. Benda pertama tengok ialah reka bentuk meja makannya. Memang lain dari yang lain. Sangat santai dan ala cafe dengan lukisan 3D di dinding kedai yang masih lagi dalam proses renovated.



Smartkan meja? Haipp ni mesti kerja Zaf


3D Art matching dengan warna dinding


Lawa tempat membuat air

Kaunter bayaran


Memang peramah tokey kedai. Makan sambil sembang-sembang

Selfie dengan tokey, Encik Hery (baju berbelang)


Sebelum balik wajib selfie dengan owner. Yelah tokey pun nak popular juga macam kedai. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak kepada Encik Hery, pemilik Original Tok Hery Char Koay Teow kerana sudi menjemput kami team @projekbloggerutara untuk merasai sendiri keenakan char koay teownya. Tak lupa juga crew's yang tak jemu melayan kerenah kami dan kawan, Fatin Wahirah. Thanks awak :) 


ORIGINAL TOK HERY CHAR KOAY TEOW

139, Lorong Semarak 2,
Taman Semarak,
09000 Kulim, Kedah.

WAKTU PERNIAGAAN : 3.00 PM - 12 AM (Sabtu - Khamis | Tutup Jumaat)


Char Koay Teow Ketam Lembut amat sesuai untuk golongan warga emas yang pakai gigi palsu dan kanak-kanak yang tak reti nak kopek isi ketam. At least mereka tak perlu risau, boleh juga makan ketam. Untuk Vegetarian sangat lah memahami :)

19 comments:

  1. nak pergi lagi rasa hahahahah ketam mudah makan

    ReplyDelete
  2. aku dok kulim pun tak tau ada kedai makan ni. bahaha... nanti boleh singgah.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. terjadikan Nina model pulak.. hiks2

    Pesanan comel kat bawah tu.. kah2

    ReplyDelete
  4. hari tu x puas makan..dengan anak2 lagi nak berkejaran haha
    nti nak mai terjah..dating berdua ngan che abe plak
    harap dpt dpt diskaun mcm hari tu muahaha

    ReplyDelete
  5. org yg xde gg wajib mkn ni muahaha

    ReplyDelete
  6. 1st time pi kulim drive tau...good job akk ruhil muahahaha

    ReplyDelete
  7. sedap tu.. semalam sempat terjah lagi ntah kali ke berapa pun tak tau..

    ReplyDelete
  8. datang sini menjenguk aktiviti nina :)

    ReplyDelete
  9. belum pernah lagi rasa ketam lembut ... tetiba terasa teringin lah pula :)

    ReplyDelete
  10. nampak sedap semua menu, harga pun berpatutan ... deco kedai menarik, berbaloi-baloi lah :)

    ReplyDelete
  11. Nyum2..kita mmg suka kalau bab makanan ni .loovw food.☺

    ReplyDelete
  12. KEJAMMMM!!!!
    tengok CKT ni terus perut gendut ini meraung2

    ReplyDelete
  13. mujuq mokcik tak pakai gigi pelesu & tak vegetarian..bedaljer semua asalkan halal..Tp serius sedap laa ketam lembut tu..klu dekat hari2 dah kuterjah...

    ReplyDelete
  14. Jom pi lagi sekali..hari tu tak sempat nak join

    ReplyDelete
  15. ini membuatkan perut Eyda kembali lapar.. tengah malam nih ooii.. huhuhu..

    ReplyDelete
  16. banyaknya lah dapat review team blogger utara ni ... tahniah :)

    ReplyDelete
  17. belum pernah lagi makan ketam lembut ... bila tengok gambar ni tetiba rasa macam mengidam lak ;)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com