21 Apr 2018

Lunch @ HAMEEDIYAH GEORGETOWN

Assalamualaikum Readers 😃


Lunch Hameediyah Georgetown | Rabu minggu lepas pekena beriani sama itu ayam madu. Marbelles! Hari tu AL, ada hal nak settle dan off day BF. Semenjak mamat tu masuk kerja shift payah nak jumpa sebab cuti tak sama 😂😂


Beriani sedap Hameediyah Georgetown


Turn Nina belanja bf jadi ada 2 option sama ada makan di Kapitan atau Hameediyah, dua resto ini beriani sedap sama kambing, orang Kedah ni kalau tak bedal beriani mamak macam weng sikit kepala. Hahaha.. Serupa ketagih ketum 😅😅😅


Since kami sampai sebelum tengahari maka resto lengang dan seronok aircond sejuk. Start makan memang tak cakap dah senyap sunyi. Menikmati ayam madu dan udang besar (mahal). Mamak dah boleh kenal muka kami 😆😆


Harga makan berdua :

2 Beriani Kosong - RM 8
1 Ayam Goreng Berempah - RM 7
1 Papadom Kecil - RM 3
1 Udang Kari - RM 25
1 Ayam Madu - RM 8.50
1 Kambing Mysore - RM 12

SUBTOTAL - RM 63.50
GST 6% - RM 3.81

TOTAL - RM 67.30


7 comments:

  1. George Town syurga makanan hehehe

    ReplyDelete
  2. Harga makan 2 org boleh buat pengsan. Tapi sekali selala ok je kan & paling penting. SEDAP. =)

    ReplyDelete
  3. Kalau mahal macam ni kena makan perabih..hehe

    ReplyDelete
  4. udang yg paling mahal...huhu..

    ReplyDelete
  5. ada x sotong besar kt sini?

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak jumpa nasi beriani yang ada ayam madu T_T

    Kena pergi Penang la gamaknya ni.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com