14 Mar 2021

Daia Excellent Washing Power Eau de Parfum Wangi!

 Assalamualaikum Readers


Daia Excellent Washing Power Eau de Parfum Wangi! | Ayuh ibu-ibu rajinkan diri basuh baju. Mem besar kembali dengan entri pomot serbuk pencuci pulak 😂😂 Dah siap jemur baju baru boleh layan blog. Brand Daia dah guna sejak zaman study lepas tu tukar ke TOP. Sejak kawen, ini kali ke 3 beli Daia sebab wangi!! Tersenarai antara 7 brand sabun baju terbaik 2021.


Daia Excellent Washing Power Eau de Parfum

Gabungan bahan yang perfect


Apa yang best terasa macam tuang minyak wangi dalam mesin basuh. Haha.. sila jangan percaya. Selalunya Nina akan basuh baju malam dan esok paginya baru jemur tapi bila keluarkan baju dari mesin masih wangi macam baru dibasuh. Recommended sebab bahan pewangi sebiji macam parfum 👍👍


Serbuk pencuci halus dan wangi semerbak



Review :


  • Baju berwarna tak luntur bila guna sabun ni. Satu rumah berbau wangi.

  • Tak bau hapak walaupun baju siap dibasuh tapi tak sempat jemur dalam masa beberapa jam.

  • Harga murah hanya RM 10.90 (2.3 KG) dan bau tahan lebih lama. 

  • Nak betul-betul wangi dari mesin baju hingga ke dalam almari sila jemur baju di bawah terik matahari. Bila angkat terus tercium-cium baju. 

  • Tak perlu guna softener. Baju memang lembut selepas cucian.


19 comments:

  1. wah... kalau btul wangi berpanjangan, nak jgk try..
    tapi cop, dia bau wangi bunga ke? klu bau bunga ermm cam x leh nak pakai sbb alergik bau2 bunga ni ejhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ako : yap ada bau wangi berasaskan bunga2

      Delete
  2. laundry kalau wangi .. bestttt

    ReplyDelete
  3. Wah tak hapak ye even basuh waktu malam tapi pagi baru jemur. Berejam jugak tu tapi still tak hapak. Next time boleh beli. Tengok macam mana hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atiqah : Ya tak hapak dari 11 mlm-8 pg. Hehe

      Delete
  4. daia ni takde perfume pun dah wangi sangat dah. Dulu ex housemate pakai sabun daia. satu rumah bau wangi kalau dia basuh baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azian : Betul.. dulu pakai warna pink sama juga softener daia

      Delete
  5. Nica sharing. Sabun kalau berkualiti memang baju tak hapak walaupun lambat sidai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : betul Sal, berkualiti dan harga murah

      Delete
  6. baik boleh cuba!
    nnt shida cari kat mall
    elok sgt sabun pun dah nk habis!

    ReplyDelete
  7. jimat arr x yah pakai perfume lg pasni hehehe

    ReplyDelete
  8. Daia pun dah ada eau de parfum. Lama betul tak guna sabun serbuk. Zaman study suka guna jenis serbuk sebab banyak buih best membasuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Daia pun dh upgarde skrg ni. banyak buih tu best :)

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com