Assalamualaikum Readers
Resepi Bubur Kacang Hijau | Bila tak boleh balik rumah mak semenjak PKP ni, nak makan semua kena masak sendiri. Nasib masa bujang pernah tengok cara memasak. Tak kempunan. Resepi ni kalau takda gula kabung / gula melaka maka tak menjadi. Nak letak sagu pun boleh.
Bubur kacang hijau cicah roti wholemeal. Diet seorang mak buyung |
Musim panas macam ni best menikmati semangkuk bubur kacang hijau bersama roti banggali. Kacang hijau menyejukkan badan secara tak langsung. Masak lebih untuk mertua dan mak tok. Warga emas kena tukar menu baru berselera makan.
Bahan-bahan :
1 setengah cawan mug kacang hijau (dibasuh hingga bersih)
Sehelai daun pandan
Sedikit gula putih (jika nak lebih manis)
1 setengah cawan santan
1 keping gula kabung / gula melaka
Air secukupnya
Garam dan minyak
1 sudu besar tepung gandum
Tepung gandum dikacau hingga cair |
Akhir sekali masuk santan |
Cara memasak :
1. Setelah kacang hijau dicuci, rebus sehingga mendidih. Part rebus ni, bila air dah makin susut kena tambah air.
2. Dah mendidih masukkan daun pandan, garam dan minyak masak sedikit (supaya tak melekat).
3. Rebus sehingga empuk, bila air rebusan susut tambah lagi air.
4. Kacau tepung gandum dengan air panas sehingga cair dan masukkan dalam bubur.
5. Kena sentiasa kacau kalau tak tepung gandum akan berketul.
6. Boleh masukkan gula kabung dan kacau. Kalau kurang manis, boleh tambah gula putih sebelum masukkan santan.
7. Kacau sehingga kesemua bahan sebati dan kacang pun dah nampak empuk boleh dihidangkan.
Sedapnya. Favourite gak ni. Tak habis letak dalam fridge, jadi aiskrim
ReplyDeleteSalbiah : Sedap makan aiskrim kacang hijau
Deletelama tak dapat ni, terliur saya tengok
ReplyDeleteFavorite my dad la ni bubur kacang
ReplyDeleteFav Ai dlu-dulu. Tapi sekarang dah tak boleh makan kacang.
ReplyDeleteboleh daa buat niaga😊
ReplyDeletekecur liur ni, nyummy !! thank you sharing resepi
ReplyDeleteAtie : Most welcome
DeleteLama sungguh tak buat bubur mcm ni untuk minum petang. Memang sedap sangat cicah dengan roti.
ReplyDeleteNaniey : Dappnyaaa
DeleteSedapnya bubur kacang hijau. Bila tak boleh balik kampung ni terpaksa kita masak sendiri untuk memenuhi permintaan selera tekak. menjadi tu Nina. Sedap makan dengan roti :)
ReplyDeleteAzhafizah : sekali sekala mkn memang sedap. Alhamdulillah menjadi Fiza :)
DeleteNasib baik kan pernah tengok emak masak jadi boleh ikuti proses buat melalui ingatan.
ReplyDeleteNA : Ya betul.. kalau lupa step boleh call
DeleteYummeh. Sedapnya bubur kacang hijau. Makan panas pun sedap, yang dah didinginkan pun sedap, buat aiskrim Malaysia lagilah sedap!
ReplyDeleteFarrah : Semua sedap! boleh buat macam2
DeleteTq for sharing. First time jumpa resipi bubuh tepung gandum. Nanti boleh try.
ReplyDeleteAmie : Sama-sama. tepung gandum buat bubur jd pekat
Deletetrs teringat ais krim malaysia kacang hijau..
ReplyDeleteAnies : sedap tu lama tak makan
Delete