3 Mar 2021

Kiehl’s Serum Clearly Corrective Dark Spot Solution

 Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Serum Clearly Corrective Dark Spot Solution | Lama tak share pasal skincare, sejak mengandung, muka tak naik jerawat tapi kulit jadi sensitif. Sabaq sajalah semua ni faktor hormon 😂😅 Doctor pun pesan, jangan pakai skincare local atau murah sebab boleh effect kandungan.


Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution

Botol kecik ni not for sale. Dapat free gift sebab bawa botol untuk recycle

Kulit sebelum pregnant. Rindunya kulit dulu


Dalam banyak-banyak produk, nak beli serum memang memerlukan duit yang banyak. Serum Kiehl's antara yang termahal dan effective mengurangkan parut jerawat dalam masa sebulan dah boleh nampak makin pudar/hilang. Nak lebih berkesan kena guna bersama cleanser yang sama.



Hari-hari sebelum tidur wajib guna. Nina hanya sapu di tempat yang bermasalah. Guna sikit-sikit sebab "mahal". Harga dan review boleh klik sini


Review :


  • Tekstur krim tak mengeringkan kulit dan nampak glowing selepas dipakai.

  • Produk ini tak melekit dan cepat meresap.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

  • Gunakan setiap hari bersama cleanser yang sama.

  • No silicones, no parabens, no fragrance

  • Terdapat 2 size botol : 30ML - RM 239 & 50ML - RM 345 . Untuk penjimatan seeloknya beauty advisor akan sarankan beli botol besar.


19 comments:

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. tak lama lagi dpt balik kulit tu :)

    ReplyDelete
  3. Naniey sepanjang pregnant langsung x cuci muka gune cleanser. Jadi pemalas betul. Tak tahu kenapa. Tapi paling suka skin semasa dlm pantang. Now muka rabak dengan tak cukup tidur n kesan cucuk depo jugak kot sebab kat area dagu tu ada je jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naniey : Setiap orang masa pregnant tak sama. nasib baik kulit tak berubah teruk sgt. mungkin depo merubah hormon. ramai yg review mcm tu

      Delete
  4. tu la agak mahal sikit ye.. kite pakai serum garnier je hehehe

    ReplyDelete
  5. Untung juga tu dapat free sample. Produk Kiehl's boleh tahan juga mahalnya. Kalau berhasil yang ni boleh lah upgrade membeli botol besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : nk free kena bawa botol2 recycle jelah. Nk beli botol besar tu fikir byk kali juga. Haha

      Delete
  6. Mahal tapi effective.. Bagus tu..

    ReplyDelete
  7. Tak mengapa, hormon main ajak gurau senda tu. Jaga diri baik-baik, Nina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farrah : Hahah.. In Shaa Allah, terima kasih akak !

      Delete
  8. Kiehls memang bagus tp harga krik krik. Mampu pakai vitamin c je sekarang. Jerawat tak pernah berhenti padahal umur dah tua dah oi. Ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : Masuk 30'an memang jerawat akan naik dan pigment mula jadi. itu yg takut, susah nak hilang

      Delete
  9. xpe bli utk diri sendiri. yg cantik pn dori sendiri jg kn😊😊

    ReplyDelete
  10. Ada impian untuk Kiehl's. Takpelah simpan impian dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA : kalau dpt free sample boleh bg NA cuba

      Delete
  11. Dia buat mcm locctaine jugak ka nina.. Any botoi pun boleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alia : Ya konsep macam L'Occitane. Botoi Kiehls semua boleh recycle

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com