Assalammualaikum readers
Majlis Perkahwinan Atikah Dan Khairi | Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan terkejut sil no 2. Ingat tak Nina pi Kelantan, sebab nak bincang majlis kenduri dan pi KL untuk cari baju melayu. Persiapan majlis dalam 2 bulan setengah sahaja. Biar betik 😅
 |
Goodies terakhir borong kurma Ajwa di Yusuf Taiyoob. Alang-alang nak puasa |
 |
Bunga dada tempah dari sepupu |
 |
25 Dis 24 - tempah baju, custom made warna Teal Blue. Nak design simple dan minimalist, kang ter-over dari pengantin |
 |
1 Feb 25 - datang fitting baju, alhamdulillah baju ngam tak perlu alter. |
 |
Untuk lace, Nina bagi contoh sebab shared untuk 3 baju (sil bongsu & anak buah). Lace siap dengan beads. |
Disebabkan barang-barang goodies semua bakal pengantin dah beli dan siap di pack, hanya dapat sponsor bunga rewang sajalah. Request sepupu tolong buatkan, sepupu juga memerangkap kawan kepada sepupu hubby. Negeri kecik macam tulah, pi mai pi mai tang tu juga.
 |
Disebabkan ramai nak lukis inai, kami panggil 2 designer |
 |
Inai di kuku sebelum dan selepas touch up |
Majlis nikah dan sanding di adakan pada hari yang sama, hari Sabtu. Masing-masing tak cukup rehat, malam sebelum tu, geng laki sibuk transfer kotak-kotak goodies dan barang-barang lain ke dewan, yang geng perempuan pulak sibuk masing-masing nak berinai. Tersengguk-sengguk menahan mengantok sambil menadah tangan, tukang inai tolong oterkan inai di kuku. Baik sangat!! Inai dah kering, tetamu pun dah balik, kena kemas rumah pula dengan sil bongsu.
 |
Disebabkan tak nikah di masjid, ruang bilik ni kecil dan agak crowded |
Esok pagi lepas subuh, mula bersiap, akad nikah diadakan di masjid USM. Kenapa nikah disitu?? Sebab kedua-dua pengantin bertemu di USM. Habis akad nikah terus balik rumah, qada tidur sebab sebelah petang nak check in hotel. Ngam-ngam pukul 4.30 petang, senior sekolah datang makeup. Last minute minta datang awal sejam takut jammed. Majlis mula lepas maghrib.
 |
6.30 pm sampai dewan, dewan menghadap view terminal feri |
 |
Photographer punya kerja, banyak ambil gambar candid |
 |
Tema Songket Moden warna Ice Blue |
 |
Maksu, Safiya (sepupu) & Harraz, behave pulak 2 orang ni |
 |
Asalnya dewan ini adalah Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) |
Penat tapi lega majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah semua sepupu-sepupu hubby ringan tulang dalam majlis. Semoga ikatan yang dibina berkekalan.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.