1 Mar 2025

Review Perewangan (2024)

Assalammualaikum readers


Review Perewangan (2024) | Bulan ini banyak betul filem seram di Netflix. Ada masa terluang boleh marathon filem-filem seram dari Indonesia. Kebanyakan bahasa Jawa. Kalau rajin, Nina review satu persatu ya. Yang ini tertarik sebab tak pernah dengar nama hantu ni. Berdasarkan kisah dari Twitter bernama @JeroPoint



Perewangan bermaksud bantuan. Erti kata lain pendamping manusia. Sangat popular bagi masyarakat Jawa. Selalunya Perewangan ni sudah ada bersama dalam keturunan dari nenek moyang. 


Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan keluarga seorang gadis bernama Maya, yang normal sehingga ibunya jatuh sakit secara misteri. Perkara aneh berlaku dan menghantui keluarganya hingga ayah Maya meninggal secara mengejut, bahkan sebelum itu ayah Maya telah masuk ke rumah sakit jiwa.



Datuk Maya


Apa yang Maya tidak tahu ialah rahsia keturunannya. Ketika ibu Maya masih sihat, beliau sering menumbuk lesung setiap pagi. Tiada siapa tahu, itu sebahagian dari ritual dengan jin yang digunakan sebagai pelaris restoran milik ibu nya tanpa diketahui oleh ayah Maya. Ritual itu merupakan warisan daripada datuk nya. Bukan sahaja lesung ada lagi cermin besar yang dipanggil Pengilon.



Di cermin besar itu akan nampak Perewangan 

Pakcik & makcik Maya



Cermin itu berfungsi sebagai alat untuk berhubung dengan dunia ghaib. Sesiapa yang menghalang Perewangan akan menemui ajal. Maya berusaha untuk putuskan gangguan setelah satu persatu saudaranya meninggal dibunuh oleh Perewangan, malang datuknya telah mengikat keluarga mereka dengan jin itu untuk 7 keturunan.




Filem ini akan lebih menarik jika director kembangkan lagi watak-watak seperti datuk, ibu dan ayah Maya, termasuk pakcik-pakcik dan makcik Maya tetapi watak-watak ini hanya pendek jalan ceritanya. Semuanya habis dibunuh. Scene terakhir, Maya bukan lagi normal dan adik Maya keseorangan. Endingnya tergantung.


🌟🌟🌟

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com