Assalammualaikum readers
Review Curse of the Seven Seas (2024) | Santet Segoro Pitu | Filem ini diadaptasi dari thread viral di Twitter tentang kisah sadis yang berlaku di Semarang. Yang lemah semangat dilarang nonton. Zaman moden masih ada individu yang percaya dengan santet.
Sinopsis :
Sucipto (Christian Sugiono) dan Marni (Sara Wijayanto) hidup bahagia bersama tiga anak bernama Ardi (Ari Irham), Syifa (Sandrinna Michelle) dan Arif (Khalif Al Juna). Kehidupan keluarga mereka harmoni lantaran perniagaan runcit Sucipto laris setiap hari.
Toko milik Sucipto menjadi yang paling ramai di pasar, hingga membuatkan para peniaga yang lain iri hati. Hingga suatu hari, kebahagian keluarga itu berubah kerana Sucipto tak sengaja membuka bungkusan misteri di depan tokonya.
Barang yang diselimuti kain berwarna hitam itu mengandungi tengkorak dan benda-benda aneh lain. Selepas pulang ke rumah, kejadian aneh mula menimpa keluarga Sucipto. Dia tiba-tiba muntah darah ketika makan malam bersama keluarga.
![]() |
Cara kematian Arif buat aku menangis |
Kejadian yang serupa terjadi pada Marni dan Arif selepas membuka bungkusan itu, mereka terus sakit dan meninggal. Ardi berusaha mencari jawapan dan cara menghentikan santet keluarganya.
![]() |
Rustam membuka hijab |
![]() |
Di setiap titik 7 pantai ada penjaganya |
Dengan bantuan pak ciknya, Sardi dan Rustam mereka dapat tahu siapa yang mengirimkan santet Segoro Pitu (sihir tertinggi dari Jawa Timur) yang menggunakan ritual di 7 titik pantai. Untuk mengambil air laut di 7 pantai, Rustam terpaksa membuka hijab Ardi dan Syifa. Berjayakah 2 beradik itu dalam misi menyelamatkan nyawa mereka.
🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.