Assalammualaikum readers
Review Pemandi Jenazah (2024) | Banyak jumpscare tanpa henti. Sesiapa yang takutkan darah dilarang menonton kerana boleh mual. Kali terakhir, Nina mandikan jenazah arwah mak. Alhamdulillah sudah terbiasa dan jangan risau 'badi mayat' tak akan ikut balik rumah kalau kita sudah bersihkan diri.
Sinopsis :
Mengisahkan Lela (Aghniny Haque), seorang wanita muda yang terpaksa meneruskan kerjaya turun temurun keluarga dari nenek sehingga ke ibunya sebagai pemandi jenazah. Ibunya mempunyai kelebihan dapat merasa 'hint' kematian seseorang.
Dari kecil Lela sudah terbiasa dengan tugas itu walaupun jauh di sudut hati, dia ingin menjadi makeup artist di bandar. Ibunya tidak bersetuju.
Konflik bermula apabila salah seorang kawan ibu Lela meninggal secara misteri dan mengaibkan. Oleh kerana itu, ibu Lela tidak membenarkan sesiapa membantunya. Hanya dia seorang saja yang memandikan jenazah.
![]() |
Setiap kali pulang dari mandikan jenazah, ibu Lela akan bakar pakaian |
Tidak lama selepas itu, ibu Lela pula meninggal dalam keadaan muntah darah. Mencetuskan gosip penduduk kampung yang kata ibu Lela meninggal sebab ilmu hitam. Lela tidak ada pilihan lain, dia terpaksa mengambil alih pekerjaan ibunya.
Selepas kematian ibu Lela, ada kematian lain yang sama. Lela mula curiga. Kecurigaan dia makin kuat bila satu hari, semasa mandikan jenazah, dia jumpa kawat besi dalam mulut si mati. Yang menakutkan, semua jenazah yang Lela mandikan ada kawat besi yang sama. Lela yakin ada rahsia besar yang ibunya sembunyikan semasa hidup. Dalam usaha mencari jawapan, Lela diganggu badi mayat, bukan saja menakutkan malah membahayakan nyawanya.
Pengajaran filem ini, mati pasti dirasai oleh semua manusia dan jangan jadi perosak rumah tangga orang. Yang tidak logik, bila ada kematian tidak mau report polis dan polis pun ok saja. Watak adik Lela juga tak ada tujuannya.
Harapan, sesiapa yang tengok filem ini jangan rasa takut untuk uruskan jenazah atau belajar mandikan mayat. Sesungguhnya, besar ganjaran pahala orang yang menguruskan.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.