Assalammualaikum readers
Review Filem Munkar (2024) | Kes buli ini bukan saja berlaku di Malaysia tapi di semua negara. Seharusnya parents orang bertanggungjawab memberi didikan bermula dari rumah. Banyak kes kematian akibat buli.
Sinopsis :
Mengisahkan kehidupan gadis remaja, Herlina yang cuba menyesuaikan diri selepas masuk ke sekolah pondok. Pelajar baru mestilah banyak kesalahan seperti tertidur di bilik ketika orang lain mengaji Al-Quran selepas subuh. Disebabkan kesalahan dia, seluruh pelajar didenda termasuk Herlina. Setiap kali Herlina buat kesalahan pasti semua dihukum, dari itu bermulanya Herlina di buli.
Herlina meminta ibu membawanya pulang kerana tidak disukai pelajar lain. Kawannya hanya seorang, Ranum. Namun ibunya meminta dia bersabar. Pada suatu malam, Herlina telah dibuli dengan teruk, mereka cuba menekap seterika panas ke badan Herlina, sehingga dia lari dari pondok dan kemalangan sehingga meninggal dunia.
Seminggu kemudian, Herlina 'kembali' ke asrama dan pelbagai hal pelik-pelik mula berlaku.
Filem ini tak seram pun, jumpscare yang sama berulang kali tidak terlalu gempak dari Pemandi Jenazah. Pelakon-pelakon banyak yang cantik tapi tidak menjiwai watak dan apa guna jadi ustaz/ustazah jika berlaku hal buli tapi tak ambil tindakan apa-apa.
PENGAJARANNYA : katakan tidak pada buli, selamatkan mangsa buli tidak kira sesiapa pun.
🌟🌟🌟/5
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.