21 Mar 2025

Review Kalian Pantas Mati (2022)

Assalammualaikum readers


Review Kalian Pantas Mati (2022) | Habis moreh, hubby ajak tengok filem ini, tak pasti kenapa tidak perasan wujudnya di Netflix atau Nina yang tidak ada masa mau nonton 😂 Cerita filem ini sedih+seram terutama hantunya. Filem remake dari Korea Selatan berjudul Mourning Grave pada tahun 2014.



Sinopsis :


Kisah Rakka (Emir Mahira) yang mempunyai anugerah untuk melihat roh yang terkandas di dunia. Kerana kebolehannya, Rakka sering dibuli di sekolah, jadi kebanyakannya masanya dia cuma membantu roh yang datang minta tolong. Ibu dan ayahnya sudah meninggal, dia hidup dalam kesunyian.



Hantu ini minta tolong Rakka sebab dia mati dibunuh


Rimas dibuli dan diganggu roh, Rakka pulang ke Bogor dan tinggal bersama pak ciknya, Ajat yang juga mempunyai kebolehan melihat hantu. Anak lelaki di setiap generasi akan memperoleh kebolehan itu, tiada ubat atau cara untuk menghalang sumpahan itu.



Rakka bertemu dengan hantu di dalam bas dalam perjalanan ke Bogor


Kehidupan Rakka di Bogor atau di Jakarta sama saja. Hari pertama persekolahan, sudah diganggu 'Hantu Mask'. Rakan sekelasnya, Sonya pernah melihat hantu itu ketika di club dan seorang demi seorang rakan sekolahnya hilang. Rakka ambil keputusan tidak mahu busy body tentang hantu mask dan suka habiskan masa dengan hantu Windy (Zee JKT48). Tetapi hantu masker itu masih menganggu Rakka.


Akhirnya Rakka terpaksa menolong kerana satu batch pelajar harus mati sedangkan mereka tidak bersalah atas kematian Windy atau nama asalnya Dini. Apa kaitan Dini dan hantu masker? Harus nonton ya.


_______________________________________


Filem ini mempunyai plot dan perkembangan cerita yang bagus bila pelajar yang dibuli tak mampu melawan pembul kerana mereka anak orang kenamaan. Jangankan pelajar sekelas, pengawal sekolah juga diugut sesuka hati. Di awal cerita susah nak tahu siapa pembunuh yang membantu 'Hantu Mask'.


Anehnya, setiap kes kematian tidak ada campur tangan polis macam kes Vanessa, yang dilanggar di basement parking. Mayat 'Hantu Mask' masih juga masih sempurna, kalau ikut logik jika hampir sudah seminggu mayat mula mereput. Filem ini juga menelan belanja Rp 11 juta kerana banyak scene bergantung kepada CGI dan hasilnya amat memuaskan.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com