8 Dec 2020

Menginap Di Banglo Owner Restoran Sahara Tent, Ampang Kuala Lumpur

 Assalamualaikum Readers


Menginap Di Banglo Owner Restoran Sahara Tent, Ampang Kuala Lumpur | Dalam budaya masyarakat Arab, mereka mengutamakan tetamu dan melayan tetamu sebaik mungkin. Alhamdulillah syukur, rezeki kami sekeluarga tanpa disangka. Malam kejadian tu, Nina dengan family in law baru sampai Pandan Indah, singgah rumah saudara yang menyambut kedatangan kami. Sambil tu MIL kenalkan menantu dia 😃😂 Dah makan, tuan rumah ajak makan lagi nasi arab di Sahara Tent, Ampang. Bini owner tu kawannya. Meh layan gambar-gambar deco banglo 99% dari kayu jati original Indonesia. Memang cantik. Jangan tanya harga menginap 1 malam sebab semuanya FREE.


Restoran Sahara Tent, Ampang

Makan sampai sengkak

Muat park 3 kereta


Cantik kepala katil ni dari rotan


Ngantok adik ipar ni main snooker sampai ke pagi. Permaidani semuanya dari Iran (antara negara pengeluar carpet yang bagus dari Turki)

Kerusi tu sultan dan menteri-menteri pernah duduk

Cantik deco dari kayu jati dan semua carpet dari Iran

Ada patung buaya dari kayu

Rumah ini berharga 3 juta


Yang excited sampai dulu, Nina, hubby dan 2 orang adik ipar. Borak punya borak sampai berjam-jam termasuk makan, FIL bagi tau bini owner restoran, kami semua termasuk family uncle tak dapat tempat menginap. Last minute, homestay yang kami book tu cancel booking disebabkan covid 😅😒 Lepas tu owner, Mr. Ala (warganegara Iran, menetap di KL dan berkahwin dengan Chinese) suggest kami semua tinggal di banglonya. Macam orang mengantok disorongkan bantal. Haha.. Ini gambar-gambar di tingkat 2. 


Ruang atas untuk beriadah dan terdapat 3 bilik tidur include tandas dan ruang dapur

Menuju ke bilik Nina. Dah siap packing, boleh snap gambar

Pandai pak arab ni design rumah

Bilik tidur satu malam. Selesa

Deco tandas bilik

Ruang tandas di bilik. Setiap bilik ada design tersendiri dari pemilik banglo


___________________________________________________________________________



Design untuk bilik yang adik-adik ipar tidur pun berbeza. Mana tahu boleh jadi ilham, hubby pun peminat kayu jati. Sangat fall in love dengan setiap design di banglo owner ni.


Bilik adik-adik ipar

Almari dari buluh + kayu jati

Design tandas berlainan dari tandas bilik Nina

Pencahayaan dari luar. Rumah banglo ini menggabungkan kayu jati, buluh dan rotan


____________________________________________________________________



Cermin ni tak ada bayang hubby kecuali pokok-pokok

With SIL. Selfie puas-puas sebelum balik

Di belakang rumah ada tempat berehat dan pool

Tak berapa clear. Kedalaman pool dari cetek hingga 8 meter

Macam istana pintu masuk ni


Mungkin muka-muka kami semua 'baik' dan amat 'peramah' buat owner rasa kesian dan percaya kami semua orang baik-baik. Seronok bukan main, malam tu semua tidur lambat sebab tak habis-habis explore rumah banglo 2 tingkat (sambil buat ig story) dan main snooker. Sebelum pandemik melanda, rumah banglo ni disewa ahli perniagaan dari China.


Restoran Sahara Tent


Selamat pengantin baru Sakinah! (kenduri sepupu hubby) 30/8/2020

Goodies bag - Tak sangka style orang Rawang bagi telur masin bukan telur ayam . Walaupun parents pengantin dari Penang



Sebelum gerak ke Rawang pagi esoknya, kami semua jumpa owner di restoran. Sangat terhutang budi dengan keluarga Mr. Ala & Mrs Safiya Ang yang baik dan rajin melayan kami sambil tengok anak lelaki tunggal, Ahmad Riyad, 8 tahun (konfem besar hensem). Berpisah dengan keluarga uncle yang bercuti di Melaka. Otw gerak ke rumah pakcik di Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk attend kenduri sepupu hubby kereta yang kami naik tayar kena paku. Nasib lah ada kedai tayar yang buka di Rawang waktu cuti merdeka. Rupanya ini cuti-cuti terakhir kami sekeluarga sebelum seluruh Pulau Pinang dikenakan PKPB 😂😁


7 comments:

  1. Wow! Cantik gila lah dekorasi banglo ni. Teruja tengok gambar Nina ni. Kalau datang menginap sini lagilah happy.Luar dalam cantik banglo ni. Bestnya dapat menginap free. Mesti harga ada-ada ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhafizah : Sekarang banglo ni kosong, penyewa tak ada. harga sewa bulanan pun dh 10K

      Delete
  2. Pergh!! Cantiknya deko rumah dia.. mengancam..

    ReplyDelete
  3. Cantiknya! Kalau airbnb mau beratus harga untuk satu malam. Rezeki dapat menginap rumah secantik ini. Suka la almari dari buluh+kayu jati and design bilik air adik2 ipar Nina stay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salbiah : Sayangnya tak dijadikan homestay. tak pasal rumah banglo ni rosak dgn orang2 kita. Suka juga interior bilik SIL. antara bilik paling cantik

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com