24 Dec 2020

Nasi Atuk KFC Baharu!

 Assalamualaikum Readers


Nasi Atuk KFC Baharu | Dah cuba nasi lemak terbaru dari KFC? Isnin lepas baru dapat makan dengan parents. Nasi Atuk KFC menggandingkan ayam goreng KFC bersama Nasi Lemak. Semestinya dihidangkan dengan makanan sampingan tradisional - telur rebus sebiji dibelah dua, hirisan timun segar, kacang tanah dan sambal ikan bilis (tak pedas). Sangat sesuai untuk kanak-kanak atau tak makan pedas.


Nasi Atuk KFC - Ayam Hot & Spicy with Nasi Lemak (RM 14.99)

Sambal ikan bilis tak pedas dan bau wangi bawang putih

Minuman pilih air pepsi


Jangan expect rasa sama macam nasi lemak McDonald's. Memang tak sama! Terutama ayam, telur dan sambal. Tengok iklan pun boleh tahu apa yang tak sama. Kalau suka makan pedas, nasi atuk KFC ni bukan pilihannya. Sesuai juga dimakan oleh warga emas.   


Menu ini menghidangkan makanan kebangsaan Malaysia dengan dua pilihan nasi samada Nasi Lemak ataupun KFC Colonel Rice (nasi ayam klasik KFC). Nasi lemak wangi diperbuat daripada daun pandan dan santan. Memang berselera makan panas-panas. Yang belum cuba dapatkan sementara promosi masih ada.


Nasi Atuk KFC berada di pasaran bermula 17 Dis 2020


Nasi Atuk KFC boleh didapati dengan 3 variasi lauk :


👉 1 ketul ayam

👉  2 ketul ayam atau

👉  Hot & Spicy Zinger Fillet tanpa tulang


13 comments:

  1. haritu my mom mcm nak try this one , kira okaylah kan tak pedas hehe

    ReplyDelete
  2. makanan untuk warga emas ya hahaha

    ReplyDelete
  3. tergoda betul dengan pepsi tu hahaha

    ReplyDelete
  4. wow. nampak sedappp. btw salam perkenalan. done follow #756. jemput ke blog saya https://iburafa17.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Eza baru tahu pulak menu baru KFC ni. Must try sebab nasi lemak! hihi.

    ReplyDelete
  6. belum lagi rasa yang ni.. yang tandoori pun belum..
    quota fast food dah habis bulan ni kena tnggu nnt..

    ReplyDelete
  7. hehe..kita asyik terbayang nasi lemak mc D dah ni..

    ReplyDelete
  8. Rafa : Salam perkenalan.. done follow

    ReplyDelete
  9. Sekarang ini restoran makanan segera promosi nasi lemak. Popular sebab boleh makan untuk sarapan.

    ReplyDelete
  10. baru try beli hari ni...tp bukan yaya yang makanlah..ibu yaya yg makan..nmpk cam sedap..

    ReplyDelete
  11. Ingatkan perkataan atuk tu Nina yang tambah. Rupanya memang nama dia gitu. Haha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com