Assalamualaikum Readers
Cara Kenal Pasti Barang Kemas Kita Beli Tulen Bukan Tiruan | Lately, banyak tengok orang nak beli emas sanggup main kutu, berjimat cermat dan sebagainya hanya untuk memiliki barang kemas walaupun tak mampu. Tapi berbaloi kah beli? Bab membeli barang kemas ni, dari tok nek hingga mak, memang akan beli emas 916 hanya di kedai cina sahaja (lebih berkualiti, emas padat), kedai melayu tak layan. Dah biasa jual barang kemas tok nek yang rosak di Poh Kong, hasilnya lumayan.
Suka edisi Tranz dari Poh Kong, sebab itu beli cincin tunang emas di Poh Kong |
Cincin berlian nikah dari Habib Jewels. Design cantik bersama harga. Boleh refer kalau nak beli. Ada kawan kerja di Habib Jewels lagi mudah nak dapatkan harga staf. |
Sedia maklum barang aksesori dari emas, berlian, emas putih, platinum dan berlian memang mahal harganya. Sebab itu kena ada ilmu sebelum membeli supaya kita tak mudah tertipu. Ada sorang kawan, maknya suka membeli emas di Tomei, dah menjadi kedai faveret. Ini beberapa tips yang boleh digunakan sebelum membeli. Tips-tips ini kalau bawa masuk kedai emas melayu agak-agak dorang marah tak? 😁😃
1. MAGNET
Barang kemas yang disadur dengan besi atau aloi akan pantas melekat pada magnet. Sementara emas tulen tidak akan melekat. Jadi emas yang disadur sedikit aloi pun akan melekat.
2. IODIN
Boleh juga guna iodin. Sekiranya iodin disapu pada barang kemas dan meninggalkan kesan, itu petanda barang tiruan.
3. CUKA
Emas tiruan akan bertukar gelap jika diletakkan dalam cuka. Ia digunakan sebagai salah satu cara untuk menguji ketulenan barangan emas. Tuang cuka dalam gelas berisi cuka, letakkan cincin atau gelang emas kemudian biarkan selama 5 minit. Lihat sama ada ia berubah jadi gelap atau tidak.
4. LIHAT BAYANG-BAYANG
Barang kemas dari perak atau platinum hampir sama, disebabkan itu mudah untuk mereka yang tidak bertanggungjawab menukarnya dengan besi yang murah.
Tapi beza barang perhiasan ini boleh dilihat dari bayang-bayang saja. Barangan perhiasan tiruan akan menghasilkan bayang-bayang berwarna hitam sementara platinum pula tidak memberi kesan begitu.
4. GUNA WAP
Berlian asli tidak akan menghasilkan kesan wap bila anda menghembuskan nafas ke arahnya, sebaliknya berlaku pada berlian tiruan.
wahh bagus tip nk check emas tiruan gini., ;p
ReplyDeleteLama tak beli emas, sejak kecurian satu set barang kemas dalam handbag beberapa tahun lalu.
ReplyDeleteBagusnya tips ini..
ReplyDeleteSeparuh dari cara nak mengenal pasti tulen ke tak barang kemas tu akak akui...nasib akak bukan peminat barang kemas..ada la seurat dua,hehehe
ReplyDeleteRasanya tips magnet tu bolehla cuba. Yang trik cuka tu kalau buat di kedai mungkin kena jeling. Thanks share Nina
ReplyDeleteKalau terbeli tiruan ni menangis dibuatnya. harga emas bukannya murah. jadi, kalau nak membeli kena bawa magnet lah paling mudah kan. tq share tips ni
ReplyDeleteAzhafizah : Sekarang ni banyak kes penipuan tambah2 musim covid. Banyak yg ambil peluang
Deletethanks for the great tips dear!
ReplyDelete