Assalamualaikum Readers
Bath & Body Works : Fresh Sparkling Snow Shower Gel Wangi! | Shower gel ni ter-beli lepas tengok PS memerangkap kawan promote dalam ig bulan lepas. Alang-alang sale teruk, Nina pun terasa nak try shower gel pula. Tapi tak beli dengan body mist produk sama sebab VS punya masih ada. Bila jarang tak keluar rumah maka lambat nak habis 😍😄 Ini shower gel pertama yang Nina beli. Selalunya layan body scrub BBW saja.
|
Bath & Body Works : Fresh Sparkling Snow Shower Gel |
|
RM 35 (selepas diskaun) |
|
Bau wangi semerbak tu hasil Iced Pear + Frozen Melon + Snowdrop Blossom di tambah Shea Butter, Vit E & Aloe Vera |
Fresh Sparkling Snow Shower Gel ni antara produk yang cepat sold bila ada sale. Setiap bulan ada sale jadi tak perlu risau kalau habis stok. Bath & body work shower gel ni macam magik, orang yang pakai tak berapa bau wangi tapi orang yang ada disebelah akan bau wangi semerbak sampai ke pagi. Selepas mandi akan buat kulit lembut.
|
Mudah dibawa ke mana sahaja. Penutup botol selamat |
|
Shower gel BBW sangat pekat. Guna sedikit pun dah wangi |
|
Nak wangi bila keluar boleh beli set ada body mist dan lotion |
Orang pertama yang rasmi shower gel Nina mestilah hubby. Kemain balik kerja, mandi terus guna 😏 Keluar bilik air dah boleh bau BBW shower gel ni. Lifebouy dia ke laut dah. Kami berdua tak akan share shower gel, ada shower gel masing-masing tapi BBW shower gel ni boleh kongsi pulak. Yang tengah fikir nak cari hadiah untuk suami tu, boleh cuba hadiahkan shower gel. Para lelaki mesti suka, bila isteri nak dorang sentiasa wangi. Jimat duit dari beli parfume mahal-mahal.
Unik pula kata orang sebelah wangi.
ReplyDeleteKalau suami suka bolehlah belikan lagi 1 tidak payah kongsi.
mesti wangi gila kann..
ReplyDeleteLitah : Wangi gila sampai esok pagi
DeleteBagus juga idea hadiahkan shower gel tu!
ReplyDeleteTunggu 26/12 ni sampai 1.1 nnt.. Lagi ligat sales depa nnt... 🤣🤣🤣
ReplyDeleteAlia : Kena stop beli sat.. byk lg tak habis. haha
DeleteTerima kasih beri idea hadiahkan shower gel! Kalau orang bagi saya pun suka.
ReplyDeleteAmie : Sama-sama, skrg hadiahkan utk kawan bila birthday. Tak pening kepala fikir hadiah
DeleteBestnya.. boleh jadi idea hadiah nie untuk next birthday or weeding anniversary.. hehehe
ReplyDeleteAkak memang giler ngan BBW ni...mmg x leh la singgah, kalau singgah...ermmm...duit takde pun jadi ada nanti
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba jenama Bath & Body Works ni. menarik betul bau dia tahan lama sampai pagi esoknya tu.
ReplyDeleteFiza : cubalah beli nanti jatuh hati
DeleteBetul la, BBW ni memang wangi. Beli untuk diri sendiri jela dah xde hubby nak beli untuk kiter. Haha
ReplyDeleteSalbiah : Beli satu utk diri sendiri.. hehe
Delete