Assalamualaikum Readers
Tips Kenal Buah Munggai Muda Atau Tua | Buah munggai (baca sini) atau dikenali sebagai kacang kelor, buah kole atau merunggai dibawa ke tanah melayu oleh orang India. Terima kasih British, kalau tak orang melayu tak kenal dan tak makan buah ni 😂😃 Susah nak dapat di bandar. Kalau di kampung mungkin ada. Di area taman rumah Nina ada orang India tanam tapi kan buahnya kurus keding. Hahaa.. Mungkin ambil daun buat sayur kot. Makanan fav orang India.
|
Gulai Munggai |
|
Buah munggai jenis panjang |
Tak semua negeri di Malaysia sesuai untuk tanam pokok munggai. Banyak pokok di tanam di utara berbanding selatan. Susah nak jumpa orang jual kecuali di kampung-kampung. Banyak khasiat buah ni antaranya anti penuaan. Nanti google eh. Buah munggai muda sangat sesuai di makan, selalunya mak akan masak gulai. Letak udang galah perghhh sedap! Kat bawah ni tips untuk kenal buah munggai muda atau tua.
|
Pulas secara lembut, kalau tak bunyi bermakna buah muda |
|
Buah munggai yang tua. Biji dah kuning dan keras. Kulit luar warna hijau coklat dan permukaan kulit agak kasar. Dah tahu tips, mudah nak beli |
|
Munggai tua tak boleh makan. Kalau buah munggai muda, biji warna putih dan lembut |
|
Kulit buah munggai muda dikikis sebelum dimasak |
|
Munggai muda siap cuci bersih |
Nak share resepi pun macam susah nak cari buah munggai ni. Last Nina makan tahun 2018, itu pun jumpa di market pagi. Lepas tu dah tak jumpa buah sampai sekarang. Nasib tak kempunan. Tambah musim tengkujuh ni lagi susah nak dapat buah. Bunga munggai tak tahan musim hujan, mana nak datang buah.
ooo macam tu ya
ReplyDeletecommon to my eyes lah.
ReplyDeletetapi tak pernah mencuba. cuma tgk je org india selalu beli.
ayah saya suka makan munggai ni smpai tnya jiran jauh
ReplyDeleteSophea : Peminat munggai saja yg tahu sedap macam mana
DeleteSebagai warga selatan, saya tak pernah makan lagi buah munggai ni
ReplyDeleteSalbiah : Kena dtg utara baru jumpa
DeleteSekali tengok macam sayur petola hehhehe
ReplyDeleteLitah : Seakan2 petola
DeletePernah makan buat masak singgang. Itulah pertama kali makan.
ReplyDeleteRare ni. Pertama kali tahu dan tengok. Kalau tak cakap, dah fikir petola dah.
ReplyDeletemende tuuuuu
ReplyDeletekat rumah ada 6 pokok munggai panjang,lebih sedap/lembut dr munggai biasa..3 pokok dah keluarkan buah.puas makan,��sampai selebihnya jual kat market...sekarang ni tinggal kurang 50 batang dipokok.saya cadang musim depan nak jual dalam shoopee
ReplyDelete