7 Dec 2020

Resepi Somtam Mangga Mudah

 Assalamualaikum Readers 💟


Resepi Somtam Mangga Mudah | Lamanya peram gambar dalam fon. Hehe.. Ok disebabkan sekarang musim mangga jadi yang mana ada lebihan buah tapi tak tahu nak buat apa, boleh la cuba di rumah. Yang masih lagi ber-PKPB harap bersabar ya. Alhamdulillah 2 mukim di Penang masih zon merah dan PKPD kecuali area rumah Nina dah bebas dan semalam boleh rentas Penang bridge balik rumah mak 😍


Somtam Mangga


Resepi ni hentam saja dan buah mangga pun dah masak jadi somtam agak berair. Kalau nak buat kena cari mangga muda. Ini pun blogger Zaf yang bagi. Berair pun tak kisah janji sedap. Cara nak buat tu terpulang ikut selera masing-masing. Somtam ni agak leceh sikit nak buatnya, yang rajin mesti no hal punya. 


Bahan-bahan untuk buat somtam


Bahan-Bahan :


3 biji mangga muda jenis epal (kurang masam) disagat halus

3 tangkai kacang panjang (optional)

1 biji buah tomato (potong kecil)

4 biji cili padi (suka pedas boleh tambah)

1 peket udang kering (goreng tanpa minyak)

1/2 cawan kacang tanah (ditumbuk kasar)

2 biji limau nipis (ambil airnya)

2 sudu sos ikan

2 sudu gula somtam (optional)


Tomato terpaksa potong dan tabur sahaja sebab mangga masak dan berair. Kalau tumbuk tomato nanti bertambah air


Caranya :


1. Masukkan cili padi dalam lesung dan tumbuk manja


2. Masukkan udang kering dan tumbuk


3. Masukkan kacang panjang, tomato dan lenyekkan semua bahan.


4. Kemudian, masukkan sos ikan dalam 2 sudu dan air limau nipis.


5. Tuangkan kesemua bahan tumbuk ke dalam bekas berisi parutan mangga. Rasakan biar masin, manis dan masam secukupnya.


6. Masa hidang, taburkan kacang tanah. Siap!


13 comments:

  1. wah sedapnye...terasa masam manisnya tu....

    ReplyDelete
  2. macam sedap ja makan dengan ikan kering hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba somtam , tapi ramai yang cakap sedap

    ReplyDelete
  4. Kalau ada thai food festival...mmg ni la jadi pilihan pertama

    ReplyDelete
  5. Wahhh first time baca resepi somtam...Selalu beli kt kedai Thai je, hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan kerabu style Thai ni. Kecur tengok!

    ReplyDelete
  7. sedapnya..kecur ailio dah ni..lama tk makan..

    ReplyDelete
  8. takpernah makan somtam ngeh ngeh haha

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi makan somtam. Tapi suka dengan masakan Thai masam pedas tu. Sedap!

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. Meh anta sini sepinggan.. hehehe

    ReplyDelete
  11. sedapnya somtam.. nak buat tak rajin..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com