6 Aug 2012

Review Filem Total Recall (2012)






Selamat berhujung minggu dan berbuka puasa buat semua umat Islam. Harini berbuka diluar saja la. Tak sangka bulan puasa pun si dia ajak tengok wayang plus berbuka bersama. Dia teringin nak makan kat Kayu Nasi Kandar. Sebelum tu, kita tengok wayang dulu di Queensbay dengan harga tiket RM 22. Tak rugikan.. Serius filem nie boleh tahan jugak walaupun ia cuma film remake dari filem asal pada tahun 1990 lakonan Arnold Schwarzenegger. Wah, aku baru lahir kot. Haha..       



Di tahun 2084, Bumi telah mengalami Perang Dunia III dan telah terbahagi kepada 2 badan iaitu United Federation of Britain dan The Colony. Total Recall, kisah mengenai Douglas Quaid (Colin Farrell), seorang pekerja fabrik yang berasa kehidupan rumah tangganya bersama isteri, Lori (Kate Beckinsale) sedang mengalami gangguan akibat mimpi buruk setiap malam.






Kerana ingin tahu, Doug datang ke Recall, sebuah khidmat yang menawarkan sebuah memori buatan yang ditanam ke otak dan mampu merasa pengalaman bahawa mereka telah melakukan semua kegiatan yang telah diprogram dalam memori itu. Doug memilih kehidupan sebagai seorang agen rahsia. Paling best, Doug berlawan dengan isterinya sendiri, Lori, seorang agen UFB. Superb la Kate dapat buat macam2 aksi dengan pakaian hitam ketatnya untuk kalahkan Doug. 





Walaupun filem nie about masa depan, tapi tak terlalu banyak alien yang menjijikkan tapi still ada kereta terbang, alat transport yang boleh membawa penumpang menyeberangi bumi kurang dari 1 minit, telefon yang tertanam di tapak tangan and etc. Walhal filem nie hanyalah guna serum untuk menghilangkan, menukar dan kembalikan ingatan seseorang. Paling syok dapat tengok wanita2 seksi berlawan. Not bad Jessica dan Kate. Fuhhh... Rasanya korang kena tengok sendiri. 







Nak tau best ke tak boleh tengok trailernya oke. Habis saja movie, kami rushing mencari kedai nasi kandar tu walhal aku ingat dengan tak ingat jalan. Cari punya cari tak jumpa sampai la waktu berbuka. Aku tau dia marah, boleh tengok dari perbuatannya. Drive balik pun bebal saja. So sorry awak sebab tak ingat jalan. Aku faham dia lapar, lain la aku cuti. Ajak dia berbuka kat Subaidah Sg.Nyior. Nasib baik marah tak lama. Sebelum keluar dari kereta tu ingat nak cari tandas Esso sebelah Subaidah plus nak beli Cadbury. Nak pujuk punya pasal. Hehee.. Tengs sebab belanja makan eh mee goreng mamak. Ini la pengalaman di bulan puasa untuk tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com