9 Jun 2022

Makanan Gelaih Cafe Penang Sedap

 Assalamualaikum Readers


Makanan Gelaih Cafe Penang Sedap | Tempat Makan Sedap Di Penang | Kalau nak makan di sini, paling awal pukul 6.30 ke 7.30 malam selepas waktu tu memang crowded. Ini kali ke-2, Nina makan di sini. Dah ada macam-macam jenis makanan tak termasuk western. Sos blackpaper di sini memang sedap. Mesti plate licin 😀 Cuma itulah timing kena betul.


Nasi Goreng Chicken Chop - RM 12.90 (pilihan Nina), nasi banyak, ayam besar dan sos blackpaper sedap

Nasi Bujang Kaya RM 12.90 (pilihan hubby). Sedap katanya, ada terung pula 

Vanilla Latte Medium - RM 4.00 (Nina) & Sirap Medium - RM 1.50 (hubby) 


Dalam banyak-banyak meja, dia datang minta 'ayam' kat Nina


Balik dari kerja, terus singgah walaupun nak redah jammed tu ya rabbi. Kalau park di depan cafe memang penuh. Hubby suka park di belakang, masuk ikut sebelah bangunan B Braun. Ada banyak deretan kedai-kedai makan area situ. Nama pun kawasan strategik (area kilang, dekat dengan airport).









Disebabkan balik kerja, kami berdua pilih makanan western berasaskan nasi. Hehe.. Variety air pun bermacam jenis. Rambang mata, semuanya sedap! Nanti singgah Penang, jangan lupa masukkan list cafe ni tau.


6 comments:

  1. Nama makanan pun menangkap.
    Gabungan menu Timur dan Bar at.

    ReplyDelete
  2. Nina kena bawak lah, sebab nanti tak tau nak parking mana. hehe

    ReplyDelete
  3. Pernah makan gak... Sedap n not bad.. Cuma x tahan sbb ramai tu la

    ReplyDelete
  4. Boleh masuk list ni bila ke Penang nanti. Rindu nak pergi Penang..

    ReplyDelete
  5. Kalau sos black paper sedap berbaloi datang lagi. Alahai kesiannya muka si Oyen tu

    ReplyDelete
  6. Alahai.. comelnya nama makanan tu nasi bujang kaya.. hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com