22 Jun 2022

Family Gathering Di Dusun Durian

 Assalamualaikum Readers


Family Gathering Di Dusun Durian | Alhamdulillah, dapat juga berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik. Rinduuuu sangat nak bersama keluarga besar sebelah bapa. Hari ahad lepas, kami 3 beranak join makan durian dusun Kg. Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Seronok Harraz jumpa budak-budak, 1st time dia masuk dusun. Yang penting alhamdulillah ok walaupun makan durian tak ingat dunia.


Buah duku petik terus ngap dalam mulut



Malam sabtu, Paksu call bapa jemput kami sekeluarga ke dusun, makan-makan sambil tunggu buah durian gugur tapi sayang bapa baru baik demam, tak dapat join. Sejak kahwin sampai anak dah setahun lebih, hubby tak pernah jumpa lagi separuh ahli keluarga side bapa. Keciknya Penang ni, makcik (adik bapa) kenal hubby dan fam in law, anak sepupu Nina pula junior sekolah 😂😂 Itu baru separuh.


My one and only makcik. Satu-satunya adik perempuan bapa. Muka ganas tapi hati baik

Ada banyak jenis durian, tak pasti nama janji makan puas-puas. Durian ni kena rajin letak baja kalau tak, durian separuh masak separuh lagi masam

Durian bukit memang sedap la

Nampak tak buah durian? Sila zoom


Kami datang awal dalam 12 tengahari dah terpacak. Call sepupu minta wasap location sebab Nina tak pernah pi dusun durian sebelum ni. Memang tiap tahun, tak dapat nak join, so ini 1st time dapat join, siap kena perli dengan mak cik sebab Nina datang terus cuaca berubah dari hujan ke panas terik. Alhamdulillah nikmat.


Ini makanan batch 1, yang kedua nina tak snap, sibuk suap anak makan. Berselera Harraz makan nasi gulai ikan masin

Pokok nangka yang kesemuanya tinggi

Pokok rambutan tinggi betul sebab tak ada orang nak pangkas dahan

Pakat sembang macam-macam maklum la 2 tahun tak dapat gathering

Yang kuning tu buah setoi. Buah legend ni. Nanti Nina buat entri lain


Nasib baik paksu dah retired, dapat dia jaga dusun dan tidur di sana. Kalau tak habis hasil orang curi tambah-tambah musim durian ni. Rupanya tanah dusun ni hasil pemberian dari pihak airport sebab tanah asal rumah dan bendang di ambil untuk pembinaan airport tapi setiap tahun kena bayar cukai tanah jugak. 


Merasa dapat makan durian bermacam jenis. Selain pokok durian ada juga manggis, petai, setol, duku, cempedak, nangka dan rambutan. Walaupun arwah tok dah tak ada tapi anak cucu, cicit boleh makan hasil berkebun. 


11 comments:

  1. seronoknya...dpt makan puas2..sambil bersilaturahim..

    ReplyDelete
  2. bestnya makan buah! makcik nampak gangster la hehehe

    ReplyDelete
  3. woww meriah nyaa dusun diaa....!! Teringat zaman kecil2 suka lepak dusun juga :D

    ReplyDelete
  4. Syok abis mkn buah kat bwh pokok2..janji durian kg feberett dari durian mahal2 tu
    thn ni kebun x menjadi , sepokok dua je buah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Rezeki. Best pergi dusun famili sendiri. Mesti seronok Harraz makan local fruits.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Untung ada kebun buah. Boleh makan-makan satu family, tak payah beli.

    ReplyDelete
  7. Bestnya pi dusun... Lama x balik baling.. Kalau balik boleh pi dusun

    ReplyDelete
  8. wahhh... bestnya gathering sambil mkn² gini... tgu durian jatuh pastu berebut bukak dan makan... seronokkkk

    ReplyDelete
  9. alahai best nya, nina. gedering dgn sedara mara.
    makan buah2 dan lain2 tu kan ramai2. sure havoc.
    famili aida xde dusun. baik belah abah or mak. so tak pernah la gini.
    ada gedering makan buah tapi beli kat kedai la :)

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat berkumpul ramai ramai dan lepak kat dusun sambil makan buah buahan tempatan. Syok ada pondok sekali tu. Biasalah kan, kadang kadang pusing pusing mesti ada yang kenal.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. betul betul rezeki tu.. Dari hujan terus ke panas..
    Seronok berkumpul macam ni.. makan buah dan mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com