13 Jun 2022

Cara Buka Akaun ASNB Untuk Anak

 Assalamualaikum Readers


Cara Buka Akaun ASNB Untuk Anak | Alhamdulillah 2 kali postponed dapat juga buat akaun ASNB dan masukkan duit raya Harraz. 1st time appointment, Nina terlupa, yang ke 2 attend training company. Walaupun kena tunggu sebulan lebih baru ada slot kosong. Demi anak apa pun sanggup. Fikirkan zaman Nina dulu, mak berusaha buat akaun untuk kegunaan belajar. Nina memang plan duit raya bahagi masuk ASNB dan Tabung Haji.



Cara buka akaun ASNB untuk anak



Jadi mak-mak ni tak tergamak nak guna duit anak, mungkin perasaan tu ada pada parents Nina. Nak bagi duit belanja pun tak nak. Suruh simpan di hari sesak etc. Seeloknya akaun anak ni ibu dan bapa boleh access. Mana tahu salah sorang meninggal, ada juga orang boleh jaga kebajikan anak.



Mudah saja nak buka akaun Amanah Saham Nasional buat anak ni, hanya perlu buat appointment di website ASNB dan bawa sijil lahir, mykid, IC waris dan jumlah wang. Nanti staff akan bagi kita isi 2 borang. Dalam masa 30 minit dah siap. Tambah sekarang ni mudah, dah tak perlu bawa buku atau isi borang. Anytime boleh masukkan duit dari bank terus ke ASNB. Hanya perlu install apps di fon.


7 comments:

  1. Alhamdulillah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

    ReplyDelete
  2. Sy pun mmg buka akaun ASB utk anak2 sejak mrka kecil lg. Tabung Haji pun sy bukakan utk mrka.

    ReplyDelete
  3. ammi pun tengah berkira samada nak buka akaun TH atau ASB untuk anak-anak. selama ni dok msukkan duit raya kat akaun Bank Rakyat je (sbb dulu akaun Nuri tu aktif ada xtvt).... la ni dah hampir 13 tahun buka akaun satu xtvt pun takde.

    ReplyDelete
  4. Perancangan masa depan untuk anak yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa!

    ReplyDelete
  5. elok tu buka utk anak. mudah utk kita juga, kan. education diorang.
    anak2 aida, xde asb, nina. dulu kala x boleh kan buka utk anak.
    so hanya ada sspn & TH je. monthly ke sspn. secara tetap.
    TH aida masukkan sesekali. diorang ada takaful pendidikan juga, nina.
    ok la tu. skit skit lama jadik bukit. menabung dari kecik in shaa Allah, nina.

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang ohsem.. ASB dan Tabung Haji memang buka dua akaun ini bila anak lahir..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com