6 Apr 2014

Review Filem Captain America : The Winter Soldier

Assalammualaikum.





Kalau dah tengok sekuel pertama mesti tau sambungan kapten Amarika kan. Ni baru first time tengok CA, sadiskan. Nak gelak, gelak jelah.. Aku tak dapat tengok lagi filem pertama Captain America : The First Avenger (2011) dan The Avengers (2012) ! Kena cari DVD pula baru layan tengok sekuel ke 3. Ngeh.. ngeh



Selepas Marvel superhero bersatu dalam The Avengers dan mereka semua akan bersatu lagi pada tahun 2015. First movie Captain America menceritakan siapa Steve Rogers dan musuhnya, Hydra yang menjadi cawangan rahsia pihak Nazi semasa perang dunia ke 2. Dalam movie ke 2, Hydra yang disangka musnah kembali untuk mendatangkan kerosakan kepada dunia. 






Start tengok scene Steve melawat Peggy yang dah tua. Rasa pelik sebab Steve tak tua. Rupanya selepas dia dinyahbekukan hampir 70 tahun berada dalam keadaan beku ekoran kapal terbangnya terhempas di kawasan Antartika dan Steve Rogers menetap di Washington dan terus bekerja sebagai agen SHEILD. Tapi Steve masih sukar membiasakan hidup dalam masyarakat moden. 


Suatu hari selepas jumpa dengan Sam Wilson a.k.a Falcon, seorang veteren perang sewaktu jogging, Steve dipanggil untuk misi menyelamatkan kapal SHEILD yang ditawan oleh lanun Algeria bersama Natasha Romanoff a.k.a Black Widow.





Namun misi berakhir dan goyahnya kepercayaan Steve terhadap SHIELD apabila mendapat tahu misi sebenar Natasha atas arahan Nick berlainan dari arahan yang diberi pada Steve.


Kali ini organisasi S.H.I.E.L.D dalam bahaya setelah Nick Fury, ketua Shield telah diserang dan 'dibunuh' oleh musuh bernama The Winter Soldier. Sebelum dibunuh, Nick mengarahkan Captain America supaya tak mempercayai sesiapa dalam Shield. Jadi Steve bertanggungjawab menyiasat maklumat rahsia yang diperoleh dari kapal sheild yang dirampas. 






Semakin banyak tanda tanya bila senior leader SHIELD, Alexander Pierce menjadikan Steve sebagai buruan. Nick Fury pula melarikan diri dan diserang sekumpulan polis yang menyerang SUV nya. Selepas tu bersembunyi di apartment Steve dan ditembak oleh The Winter Soldier. Memang ohsem tengok SUV Nick tu. Siap ada senjata. Selepas 'kematian' Nick, bermula operasi menjejako lokasi data dan tak menyangka HYDRA berselindung disebalik SHIELD sejak berpuluh tahun dahulu.


Geli noks tengok saintis HYDRA dok dalam tv dan cakap dia sudah mati tetapi otaknya masih aktif. Lastly nilai persahabatan cukup beremosi tau. Ada la rasa touching bila Steve kenal The Winter Soldier tu. Nak tau kesudahannya kena la tengok oke! :)


Tak sabar nak tengok The Avengers : Age of Ultron

4 comments:

  1. hero dia ensemmm. okey tu je nak cakap. baii. hahaha.. tapi memang bestt sngat citer ni

    ReplyDelete
  2. sy pun x tengok lagi semua cerita2 ni .hee .=)

    ReplyDelete
  3. Macam best :) Nak tengok gak ^^

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com