30 August 2016

Terjah Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City


Salam Readers..



HO CHI MINH CITY VIETNAM 2016 : HARD ROCK CAFE & CITY TOUR (PART 4)



Terjah Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City tercapai! Tak complete datang negara orang tak singgah ke Hard Rock Cafe? Salah satu tempat yang aku wajib jejakkan kaki. Tak habis-habis remind tour guide, lepas habis city tour yang tak sempat pusing satu bandar tu. Yelah risau bila hujan turun dengan lebat tapi Alhamdulillah kejap je. Dapat juga selfie depan Notre-Dame Catheral Basilica of Saigon dan Saigon Central Post Office sebelum jalan kaki 1km sambil tengok pameran buku-buka di kaki lima sepanjang jalan ke Hard Rock.



Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City, Vietnam


Jika singgah ke HRC, memang rugi kalau tak sambar sehelai t-shirt. Memang dah plan nak beli dan dorang hanya terima duit DONG dan USD saja. So, tukar duit lebih sikit. Rasa rugi tak grab untuk diri sendiri walaupun baju semua lengan pendek. Di HRC Vietnam dapat diskaun 30% kalau beli 4 helai. T-shirt lelaki mahal sikit dari perempuan. Harga lebih kurang di Malaysia.




Baju Hard Rock untuk kanak-kanak. Comel !

T-Shirt Hard Rock untuk lelaki. Semua lawa




Serius rambang mata, semua lawa-lawa. Last-last ada 4 corak untuk t-shirt lelaki, nasib ada WiFi free walaupun nazak, boleh whatsapp BF. Maka kena tayang baju di badan ala model. Tetiba jadi cerewet pulak, haih sabaq jalah. Hanya Nina dan Anies dok belek sana sini, kesian tengok tour guide dok tunggu lama ambil juga corak pilihan sendiri. Agak rushing, tak dapat nak selfie puas-puas dalam HRC tu.



Model t-shirt Hard Rock

T-Shirt Hard Rock for ladies

Hard Rock T-Shirt. Nice one

Pose maut sebelum balik Mesia

Ajet retis. Pandai tour guide snap gambar. Semua puas hati

T-Shirt Hard Rock versi Army

Resit baju Hard Rock Cafe Ho Chi Minh untuk reference sesiapa nak beli. GST termasuk sekali





 NOTRE-DAME CATHERAL BASILICA OF SAIGON


Trip yang have fun dengan gadis2 ni. Gadis baju bunga2 tu tak la. Hahaha. Anies hilang tanpa dikesan. Sibuk dengan Sunflower :P




Sebelum ke HRC, van drop kami depan church. Time tu hujan dah berhenti. Fuh.. lap peluh jantan. Seni bina di sekitar bandar Ho Chi Minh City dari bekas peninggalan jajahan Perancis selama 100 tahun. Wah lamakan? Feeling di France gituw. Ramai pelancong tak lepaskan peluang selfie depan gereja ni di tambah pokok-pokok bunga matahari di tanam di taman depan gereja. Ada juga orang tempatan menjaja di situ.  


Love this photo ! Abang Soleh memang pandai jadi photographer

Anies excited sampai terpejam mata. Batang kayu tu macam nak cucuk orang. Hahaha


SAIGON CENTRAL POST OFFICE



Kami singgah selfie depan pejabat pos Saigon. Lawakan bangunan tu. Sayangnya dah tutup, yelah semua dah balik kerja tak dapat masuk dalam tu. Bangunan ni seberang jalan Notre-Dame tu. Saigon Central Post Office! atau nama Vietnam nya, Buu dien Trung tam Sai Gon. Boleh pos surat ke apa semua kat kaunter. Classic sangat pejabat pos ni. 


Saigon Central Post Office


Bangunan pejabat pos ni dibina masa Vietnam a part of French Indochina early 20th century dulu. Dalam tahun 1886 hingga 1891. Kat dalam ni boleh ambil Free Maps untuk HCM, then beli flag patch Vietnam berharga 15,000 VND (RM 2.50). Rugi time kami sampai dah 5 petang. Bergambar kat depan jelah. Kalau datang sini, seeloknya pagi-pagi mesti gambar lagi lawa dengan panahan matahari!



Hope readers enjoy baca JJCM Vietnam ni  😎 masih berbaki 4 entri termasuk tips-tips dan bajet keseluruhan buat mereka yang akan travel ke HCMC buat pertama kali atas permintaan dan pertanyaan dari blogger juga. To be continue..






27 comments:

Pha Is said...

nina dan buat muka berpisah tiada.. hahahaha

Cik Yaya said...

salam..
weee singgh jga ke blog dier..
selalu tgok gmbo je bnyk kt IG..hehe

zai zamree said...

msti byk borong kt HRC ni

Khir Khalid said...

Wahh bestnya... syok klu dpt travel bersama ramai2.. selamat dan seronok.. :)

Irda Garmin said...

hi..datang singgah sini
..salam kenal

Jari Manis said...

hai Nina...nampak sweet sgr lm semua pic kat atas tu

Jari Manis said...

sorry lama x singgah sini ke HCM rupanya

Jari Manis said...

dulu sis JM jlan kaki jek dari pasar ben than ke tiga2 tempat ni..x jauh pun

alia farhan Said said...

Akk pun kalau tmpt ada HRC wajib singgah n beli seketol tshirt kt situ...

Siti Nurzafirah said...

tour guide memang selalunya pandai amek gambar

Siti Nurzafirah said...

tag kat sini..

http://miamorzafirah.blogspot.my/2016/08/saya-nak-menang-set-skinfood-bernilai.html

hainom OKje said...

Alahai seronoknya dpt jalan jalan negara orang Nina....
T shirt Hard Rock ni mmg femeskan. Selalu nampak org pakai

Murni Alysa said...

cantiknya picture hgpa..ntah bila laa dapat p..huhuhu

el said...

pic yang depan jam tower tu lawa
mcm kat londong hehe sbb senibina dia mcm inggeris

nuyui a.k.a miss YUI said...

wahh bestnya dh smpai sana..

siti hazreen said...

ha...saya pernah masuk kat sini, harganya boleh tahan gaklah...juling bijik mata hehe

Diarios said...

whoahhhh bestnyaaa..
follow sini #637
kalau sudi follow la kita balik T_T

Cik Ash said...

syok tengok nina n kak farah g jalan2

Mummy Julia said...

ada beli tuk mummy satu tak t-shirt HRC tu ? hhhee :p

Mummy Julia said...

lawooo gamboo!

ZULHILMI TEMPOYAK said...

klu ajak boleh la pi skali. kahkahkah..

Aisya사쿠라♥ said...

Lawa jugak bangunan kat sana

Elih Japahar said...

Wahh bestnya...napa bibir tu mcm angelina jolie :) haha gurau je..

Mommy Cici said...

wah sonoknyaa. mesti borong sakan ni

Kira Sakura said...

hard rock penang pun iols tak masuk2 kofkofkof :p

dear anies said...

mmg nk cucuk pun hahahaha... sy tgh fikir blk, sy ada x amik pic dlm HRC tu mmmm

Anonymous said...

Twitter will utilize this to create your deadline better.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com