9 Mar 2013

Kisah Hantu Di Asrama Kolej

Assalammualaikum.


Tetiba saja rasa seram. Nak dijadikan cerita masa sampai lab pepagi buta semalam, aku macam biasa bukak lampu. Tapi pagi tu, budak sorang pun takda. Jadi aku masuk toilet dan keluar lepas tengok ada orang dalam toilet. Seramnyaa. Rupanya makcik cleaner, patut la tak nampak dia sapu kat tangga macam biasa. Lepas tu boleh pulak cerita kisah hantu kat dalam lab tu, ada kisah-kisah seram yang aku dengar. Hish meremang bulu roma kami berdua.. 



Balik keja terus aku cerita kat mak. Last-last mak pulak bukak cerita anak jiran nampak penunggu masa hantar anak dia balik asrama di Kelantan. Lagi seram ler. Aku ingat lagi, masa zaman kena duduk asrama. Punya la takmaw dok asrama last-last kena jugak masa sambung belajar kat Ipoh. Masuk bulan julai setiap tahun mesti ada kes histeria dan rasuk kat asrama. Aku rasa dorm kami punca jadi macam tu. Time tu syok sangat main tepung, start lepas tu semua dorm kena kacau. Susah nak lupa, kiri dan kanan bilik kami tiap-tiap malam ada orang menangis, menjerit, meracau, rasuk dan paling seram dengar budak gelak mengilai. Setiap malam Jumaat, aku tengok sendiri budak kena rasuk tu dengan suara yang lain bercakap, gelak dan setiap Jumaat ada ustaz datang asrama buat bacaan Yassin dan tabur lada hitam keliling kawasan asrama. 



Bertujuan untuk pagar kawasan asrama dari dimasuki makhluk-makhluk halus. Aku sendiri pernah kena tindih masa tidur, hanya bacaan surah beberapa kali dalam hati barulah "benda" tu lepas. Nak baca tapi suara tak terkeluar dari mulut. Dengar ada benda duduk dalam loker sedang cuba untuk menakut-nakutkan kami dan ada termimpi sepasang kanak-kanak jatuh dari tempat tinggi. Mungkin bangunan asrama kami kot. Buktinya, budak bilik terakam gambar "benda" secara tak sengaja di tingkap. Setiap kali petang Jumaat, mesti aku balik rumah. Tak sanggup rasanya kena kacau sampai habis sem. Cukup lah setahun kena kacau sebelum dibenarkan keluar dari asrama.  






Hantu perempuan di luar tingkap asrama
Gambar bertarikh 27/9/10, 10:47 malam.. Kat tingkap tu kami panggil "Isabel"



Alkisah masa belajar di Kedah, rumah sewa sendiri ada hantu raya. Housemates selalu dengar bunyi kat siling rumah, aku saja yang tak rasa apa-apa. Benda tu memang tak kacau aku. Masa otw pi kolam air panas di Baling, aku nampak orang tanpa kaki dok tepi pokok. Time tu pukul 3 pagi dan kawan aku si driver nie nak turun bertanya sebab kami sesat jalan. Memang macam-macam benda aku nampak tapi itu semua peringatan supaya mulut tak celupar. 



Yang terbaru, masa kursus di Langkawi hujung tahun lepas. Dapat bilik bawah dan mengadap jalan memang tak takot tapi ada sekali tu masa tengah mandi, wap air panas buat cermin jadi kabur tapi aku nampak bayang putih lepas tu tengok balik dah hilang. Jadi relax saja. Kawan sebilik pulak jumpa rambut uban panjang dan dia tertanya mana hilang sabun mandi dan gelang kaki dia. Patut la si pelayan, Nazirul tu takmo bukak mulut. Buat adik-adik yang dok asrama or yang satu hari nanti tinggal kat asrama..kuatkan semangat! Rajin solat dan amalkan baca Al-Quran.. In Shaa Allah kita akan dilindungi selalu..


12 comments:

  1. sebelum masuk u dulu mcm2 kwn duk cite hantu.
    ade yg kena usik, yg kena rasuk.
    seram jugak dgr :)

    ReplyDelete
  2. klu kat langkawi ni aku dah besa n tau hotel apa...hehe

    ReplyDelete
  3. bkn kt asrama kptm ada gak ker?

    ReplyDelete
  4. WAH MENARIK JUGA NIH,

    SALAMKENAL MAS BRO

    ReplyDelete
  5. standard hostel laa... mna ja yg x da... asrama skolah pondok tahfiz pn ada kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan3. kt mana2 pun ada benda nie

      Delete
  6. Jgn katakan asrama sekolah, kolej kediaman kt U sy nie pun ada juga..mana2 ada je benda tu nk kacau n mengucar kacirkn org..dh nma pun sss..eee...ttt..aaa...nnn...yg penting solat kena ckup 5x sehari...tu je pendinding diri yg pertama ke jaga

    ReplyDelete
  7. Ade gklah saya nk cite ni 1 hari mak sye mintk tlong hntrkan brang kat rumh kawn.Jauh gaklah dalm 10minit nk sampai dah nak smpai tu nampk sekumplan bdak lelaki. Almaklumlah pempuan ni kaya dengan sifat pemalu..sye dah x tau nk buat pe.pikir nye pikir lalu jln jauh jelah..jaln tu macam hutn sket..bnyak pokok pisang gelap lak tu...x tau dri mne dpat keberanian redah jelah dri kna ushar dengan bdak lelaki yg lgi seram dri hantu dan jin tu lgi takut wlaupun sye knal bdak lelaki tu tpi buat msa ni x prnah lgi kena 'kacau' kot klau kena pun x prasan...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com