Assalammualaikum.
Bercakap pasal DUIT, di zaman moden sekarang nie, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama "duit". Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa kertas ini kita tak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia lupa diri, buat perkara yang diharamkan, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah sanggup membunuh kerana duit. Kejayaan orang juga diukur dengan duit. Tetapi masih ada benda yang tak boleh dibeli dengan duit. Nampak macam serius.. ini serius.
Masa.
Duit tak dapat kembalikan masa yang dah berlalu. Gunakan masa yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang kepada orang yang disayangi dan cintai, sebelum waktu itu berlalu.
Kebahagiaan.
Memang dengaq pelik tapi itulah kenyataannya. Duit memang boleh buat kita rasa senang dan hidup mewah tapi duit tak boleh bagi kebahagiaan dari lubuk hati kita. Bila duit banyak, bersedekah la sikit. PEACE!
Persahabatan.
Untuk diterima dalam pergaulan, tak perlukan duit. Jadilah teman dalam suka dan duka.
Kesihatan.
Kita perlukan duit untuk biayai rawatan dan ubat, tapi duit tak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Lebih baik mencegah daripada mengubati.
Sikap yang baik.
Bersikap baik dengan semua orang walaupun mempunyai segunung harta. Jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
Cinta.
Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, pengalaman. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tak mampu bertahan lama dan tak bahagia.
Kedamaian.
Bila duit boleh beli kedamaian, mungkin tiada lagi perang.
Sebenarnya malu nak cakap dapat duit poket sikit dari Nuffnang. Hehee.. bulan nie dah ramai blogger dapat BE. Tahniah diucapkan dan terima kasih ya wahai follower baru. Dalam waktu terdekat, nina akan balas komen dan follow korang balik eh. Wish me luck untuk presentation pagi esok :)
betul dan sokong 100%..jgn kita jd hamba duit
ReplyDeleteTerima kasih khairul..
Deletesekarang ni dah terbalik sbb kos sara hidup makin bertambah..
ReplyDeleteYa betol
Deletebtul tu..stuju sgt..duti bukan segalanya..
ReplyDeleteHehehe :)
Deleteassalam..nice blog.
ReplyDeleteWasalam.. tq :)
Deleteduit mmg pnting..tp duit xblh bli semuakan..
ReplyDeleteYa setuju tu awk..
Deletesalam singgah dari PCL. tq n hepi blogging.
ReplyDeleteWasalam PCL. You too..
Deletebetul tu..memang benda2 macam tu tak boleh dibeli dengan duit..tapi kalau menangis dalam kereta BMW lagi selesa rasanya dari menangis atas basikal..hehehe :P #Joke
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Hahaha.. Lagi seronok la kalau ada BMW :)
Deletesetuju sgt......
ReplyDeletegood luck utk presentation nanti
Hehehe.. tq munna :)
Deleteduit bukan segalanya......
ReplyDeletetapi tanpa duit hidup juga susah kan....
Ya setuju tu..
DeleteYg akak perasan, masa jd student..ada masa tapi takde duit.
ReplyDeleteBila dh dewasa, ada duit tapi dah takde masa & kwn pulak.
Ha'ah.. saya pun perasan macam tu jugak akak.
Deletesetuju sangat dengan entry ni :)
ReplyDeleteTq syida :)
Deletebetul tu sis... namun sekarang ni kebanyakkan perlukan duit... hurmmmm kebahagian memang tak boleh beli dengan duit tapi duit tu mndatangkan kebahagian
ReplyDeleteKadang2 duit boleh terbalikkan keadaan ena.
Deletehehoe.. saya tak pernah dapat be.. sampai berjanggut lebat kot baru diorang nak bagi
ReplyDeleteHahaha.. sabar ya, ada rezeki dpt la
Deletedah lama tak guna nuffnang. dah cash out semua duit dan terus out dari nuff. boleh lah nina belanja untuk diri sendiri.
ReplyDeleteduit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
Terima kasih utk nasihat nie GW. Nina simpan duit tu takmo guna.
DeleteDengan duit.....kita leh buat puding....
ReplyDeleteHaha.. Yeah, beli bahan2
DeleteSalam amanina,
ReplyDeletebetul sangat tu.. duit bukan segala-galanya.. tapi dunia skrg, semua perkara perlukan duit.. mahu tak mahu kita perlu berusaha keras untuk mendapatkannya.. semoga rezeki yang kita perolehi diberkati olehNYA, insyaAllah..
Wasalam hanis,
DeleteYa, betul skrg semua perlukan duit.. semoga rezeki yg kita dpt halal dan diberkati. In Shaa Allah, aminn.
Betul. Nice entry ni!! ;)
ReplyDeleteHehe.. tq emi ;)
Deletezaman ssekarang kena berduit...
ReplyDeleteBetul2.
Deleteyer betul tu dik tapi akak tetap nak duit nak beli peplum hahaha.. peplum la sgt kan??
ReplyDeleteHahaha.. peplum fames skrg nie akak
DeleteSebab duitadik beradik...ank beranak.laki bini..sedra mara pon boley begaduh......besar penagn duit nih...huhuhu..
ReplyDeleteSetuju sangat asmidar! kalau tak kerana duit takda la org berebut harta pusaka kan..
Delete