30 Mar 2013

Gila Kasut

Assalammualaikum.


Selamat pagi Malaysia! Selamat pagi wahai pembaca sekalian. Dah breakfast? Aku tak breakfast lagi. Bangun je tengok tinggal sorang di rumah. Mak dengan ayah tak dapat dikesan. Begitu la nasib patik dihari cuti. Jadi harini niat dihati nak kemas bilik yang dah serupa reban ayam segala mak nenek reban aku rasakan. Bukan pemalas cuma takda masa dan bila tengok kasut kotak yang makin bertambah, rasa nak buang. Memang aku gila kasut, itu la ayat perli dari ayah. Encik Ahmad bukan nak selami hati anaknya nie, dia tak faham bahawa kaki anaknya semakin memanjang setiap tahun. Haaa, ayat tak boleh blah kan. Sejak masuk skolah menengah, 5 tahun bermakna 5 pasang kasut skolah aku. Tak pecaya? Ada lagi dalam simpanan. Masih elok dan aku rasa nak sedekah saja. 




Khamis aritu, aku ajak ayah beli kasut lagi. Ingatkan saiz 7 rupanya kaki dah panjang lagi 1 inci. Nasib baik saiz 8 ada. Bila tanya saiz kasut kawan-kawan semuanya pakai saiz 5, 6. Aku nie selalu saja susah hati kalau nak beli kasut. Terutama kat Vincci dengan Chadstone. Bila jumpa kasut yang berkenan dihati, sekali amoi tu cakap takda saiz kaki aku. Agak frust bebeh. Buat masa sekarang, bagi perempuan yang berketinggian 160cm, berat still 45kg dan mempunyai masalah BMI paling utama ialah masalah kasut. Kena berebut kalau nak beli kasut. Paling suka beli kasut wedges, snikers. Boleh dibuat koleksi. Hehee. Kasut tinggi lebih 3 inci memang tak layan. Kalau berdebat dengan mak pasal kasut, confem gelak guling-guling. Yelah, mana taknya, kasut aku yang dah tak muat mak pulak yang pakai. Kaki saiz 4 nak lawan saiz 8, memey tak dapat ler.


Aku: Kaki makin panjang la mak. 
Mak: Haha, nak buat macam mana lagi, nanti pi kerat jari kaki tu sikit. Bagi pendek. 
Aku: Nak suroh orang jadi cacat la tu. 
Mak: Dah jadi macam makcik Minah hang (adik ayah), kasut kena tempah. 
Aku: Haa, takpa nanti raya kami pi tempah sama-sama. Siap design kasut raya. Lepas tu, aku pon letak kakiku di sebelah kaki mak. Amboii nak challenge kaki sapa lagi besaq. 
Mak: Tengok kakiku comei ja, dengan lebar. Tengok kaki sebelah panjang dan kurus tapi kaki mak putih lagi.
Aku: Untung la kaki putih, kaki ina selalu kena panas sebab tu coklat. Agak jeles disitu.
Aku: Awat tatau pi ikut saiz tokwan, kan dah susuh.
Mak: Dah baka macam tu, nak buat cemana lagi.


Hehe, kedua-dua tokwan memang tinggi orangnya dan cucu-cucu ikut sekali. Sebenarnya aku pening nie, entry dah serupa cerita pasal kaki -____-"



4 comments:

  1. kite pakai size 7 je :P mak kite pakai size 9 kau fuh dasat susah nak cari kasut HAHAHAHAHHA

    ReplyDelete
  2. hye hyee. same here.. selalu kena perli papa gila kasut sbb beli kasut je memanjang. anyway,, done follow you. :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com