3 Mar 2013

Kenapa Berblogging?

Assalammualaikum. 


Selamat berhujung minggu semua. Dengan cuaca yang hujan aku cuma menghabiskan masa dirumah seperti biasa tanpa aktiviti dan tanpa menonton tv cuma melayan blog kesayangan nie. Ada  kawan-kawan yang dah faham dengan perangai aku, aku memang suka berblogging.


Kenapa berblogging? 


Aku tak pernah terfikir nak menjadi seorang blogger. Mulanya minat nak buat blog nie cuma untuk aku tulis kisah hidup saja. Tak sangka usia blog dan mencecah 2 tahun lebih. Mula start berblogging pada 16 Oktober 2010. Kalau baca entry dulu-dulu semuanya pasal kisah cinta aku. Euwww agak geli bahasa yang aku tulis. Maklum la baru start berblogging mana pandai sangat pun. Cuma sekarang penulisan semakin baik kot. I guess so :)


 Kenapa berblog? 





Kerana blog ini seperti diary yang akan menjadi satu tempat tinggalan Sejarah. Merangkumi suka duka, memori, gambar-gambar untuk dikongsi bersama anak cucu nanti dan mereka tahu how much I Love them. Kerana aku tahu suatu hari nanti orang dapat membaca apa yang aku tulis dan dapat sebar atau share segala info tanpa terhad tak macam fb, limit frens cuma 5k saja. Jadi dengan blog sesiapa saja dapat baca. Sharing is caring.


Semakin lama berblogging aku rasa seronok pulak. Dapat baca bermacam cerita dan rasanya cerita yang blogger lain sampaikan lagi cepat dari berita atau newspaper. Paling selamat blog bukan tempat untuk menggatal dan seangkatan dengannya. Dan seronok dapat kawan blogger, sama-sama blogging dan sama-sama berkawan tak kira dalam Fb ataupun Twitter. Teringin jugak nak jumpa dengan diorang semua. In Shaa Allah satu hari nanti. Kawan-kawan blogger pun bukan calang-calang orang, bakal engineer, doktor, cikgu dan macam-macam lagi. Jadi kita jangan la pandang rendah dengan blogger nie.


Ada jugak yang menjadikan blog nie sebagai pendapatan. Aku tak buat income dengan NUFFNANG tapi kalau dapat banyak itu rezeki. Hehe. 

2 comments:

  1. Entri kenapa berblog ni menarik dan stuju gak dgn isi-isi entri tu..

    *Saya org baru dlm b'blog ney. Sila la singgh n follow.. :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com