23 Jun 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Salam Readers..


Sejak hari pertama tayangan drama ni hingga sekarang melekat depan tv. Mulanya malas nak layan kononnya hero drama ni berlakon watak jahat dalam "Kalimah Jiwa" tapi terjebak bila my mum cerita episod pertama macam best. Sekali tengok terus jatuh cinta dengan Abang Zen! Haha.. Serius best. Suka tengok Zen buli Indah dan dialog drama ni lawak. 




Sinopsis :


Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.



Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.




Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato’ Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi ‘Orang’. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.



Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru – hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. 









Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.


3 comments:

  1. Rasa macam nak tengok pula :3

    ReplyDelete
  2. sejak kerja jauh, pukul 7 tak sampai umah lagi.. mmg tak berpeluang nk tengok cite kt tv3..

    ReplyDelete
  3. ngam-ngam time buka puasa nie..klu nak tengok dengan hari yang senang kena tgk kat tonton...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com