23 Jan 2013

Cara Timbang Berat Badan Dengan Betul


Selamat tengahari semua penduduk bumi.
Dah lunch ke? Kalau belom cepat2 pegi makan. Harini perut meragam jadi aku takda mood nak keluar lunch. Minum jelah air milo ais yang abang cafe buatkan. Punya manis tahap glukosa. Boleh dapat kencing manis kalau begini. Apa boleh buat ini semua mesti gara2 muka aku yang selalu monyok macam cekodok bila mintak ayaq/air. 




Well, harini aku timbang berat badan lagi then aku pelik bila tengok penimbang tu. Rasa nak hentak2 dengan kaki tapi kang rosak pulak hak kerajaan. Hahaa.. Mana tak geram, minggu lepas berat badan aku naik 3kg minggu nie turun 4kg plak. Aikk.. peliknya. Kesudahannya aku dapat terima kenyataan berat aku memang tak berubah. Asyik 45kg saja. Bila tak tau nak gemok. Sesapa yang ada lemak lebih tu bak sikit kat aku. Kita buat derma lemak pulak.


Jadi bila hati rasa tak puas hati, aku pon search pasal penimbang nie. Rupa-rupanya ada sebab penimbang berat badan tu tak betul. Antara sebab-sebabnya adalah:


  • Untuk perempuan, waktu yang sesuai timbang adalah Seminggu Selepas Period. Jangan dok gatai timbang masa period, konfem terbeliak biji mata tengok jarum, sebab badan kita retain banyak air masa period. Ohhh patut laa. Hihi

  • Kalau boleh masa menimbang tu pakai baju yang paling ringan dan seeloknya setiap kali timbang pakai la baju yang sama. Ala aku timbang pakai baju kurung je.

  • Jangan timbang berat selepas makan @ setiap hari. Timbang seminggu sekali dan kalau boleh pada hari yang sama. Jumaat dan Sabtu adalah hari paling ideal.

  • Timbang berat waktu pagi iaitu selepas keluar dari bilik air.

  • Berdiri tegak atas penimbang dan jangan bergerak. Mintak tolong kengkawan/wife/hubby/anak tengokkan..

2 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com