Assalamuaikum semua.. Entah kenapa sejak beberapa malam tidoq aku asyik tak lena. Macam dalam mimpi pon ada. Asyik mengigau seseorang tapi ada petanda ke kalau kita asyik mimpi orang tu? Ermm nak tanya ustaz Azhar Idrus tapi dia busy pulak. Haha.. Oke aku dah merepek bukan2. Lagi sekali aku nak post entri berkaitan cinta. Maklum la ada permintaan dari kawan2 yang tengah sakit terkena penyakit 'angau'.. Seronoknya semua asyik text aku pasal angan2 nak jadi Puan.
Cinta sejati? Aku tak boleh nak cakap apa2 sebabnya tak pernah alami sendiri. Mesti bahagia kan orang yang dapat cinta sejati. Banyak kisah yang terjadi bila seseorang tu ingat takdirnya bersama dengan si dia tapi akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Bunyinya agak menakutkan bagi aku tapi sampai bila nak hilang rasa takut tu. Sampai tua kerepot kot.
Cinta sejati tak perlu dipupuk atau berpura-pura. Cinta ini boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri, cinta ini hadir dengan tiba2, janganlah anda menerima cinta dari seseorang yang tidak boleh memberi cinta sejati jika terpaksa memilih antara dua. Jadi nilailah keinginan cinta anda dan cari 'chemistry' antara kamu berdua. Berapa banyak cinta daa.. Naik loya jugak tekak aku bila baca balik. Hee...
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.