21 Jan 2013

Tiada Lagi Teman.. Al-Fatihah

Assalamualaikum


Ketika ini aku sedang berkongsi kesedihan bersama adik angkat tersayang. Aku berharap dia dapat tabah menjalani hidup selepas ini. Aku hanya dapat memberi kata2 semangat untuk dia dari jauh. Jikalau dia disisi, akan aku peluk dia seerat-eratnya. Bersedih di atas pemergian kekasih yang telah pulang menghadap si penciptanya malam semalam akibat lemas selepas pergi berkelah bersama kawan2 di Teluk Senangin. 


Paling sedih bila dia tak sempat meminta maaf kepada arwah. Semasa bersama, arwah tidak pernah menghiraukan dia. Dia amat terkilan dan tak percaya arwah dah tinggalkan dia buat selama-lamanya. Betapa sedihnya aku text dengan dia dari pagi tadi. Bila col dengar suara pon dah tak kenal. Aku tahu dia menangis terlalu lama..




Kalau aku ditempat dia, hanya Allah saja yang tahu. Aku berharap orang yang aku sayang dapat maafkan segala salah silap aku. Aku tak mahu menyakiti hati orang2 yang aku sayang dengan kata2 yang akan buat kita menyesal suatu hari nanti. Kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Hanya dapat berdoa semoga Allah panjangkan umur. 


Al-Fatihah Shahril Azmi dan buat Nor Liyana, tabahkan hati bunny :'(



Lagu nie memang sedih..takkan ada penggantinya jika sayang seseorang itu sentiasa berada di dalam hati 




No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com