24 Jan 2013

Pengorbanan Seorang Wanita/Kekasih

Assalammualaikum.. tak jawab dosa tau
Salam Maulidur Rasul wahai pembaca sekalian



Dihari yang mulia ini, aku rasa bersyukur kerana masih lagi bernyawa dan dapat melihat perasaan kawan baik yang sanggup bersusah payah berkorban hanya semata-mata untuk mencari baju perkahwinan beliau. Kenapa aku cakap macam tu??





Seminggu terlantar di hospital kerana otot tisu kaki dan urat hampir putus gara2 jatuh di opis. Wahh, baru petang tadi aku tengok dia dengan kaki berbalut tapi tetap jugak cari baju untuk wedding nanti. Sanggup berkorban dengan kaki kiri yang masih lagi sakit. Kalau korang sanggup tak?? Baik berehat kat rumah je dari tahan sakit kan.


Semoga cepat sembuh buddy.. Tak sabau nak makan nasi minyak nanti. Can't wait (bila dengar dia tempah dj, nanti boleh karok dengan ayah). Aku kagum dengan ketabahan dia, masalah family yang selalu dia kongsi dengan aku, berkongsi kasih sayang mak. Sesungguhnya aku tak pernah rasa dengki bila mak jugak sayangkan dia macam anak sendiri.






Cinta adalah satu anugerah yang paling berharga yang dimiliki oleh insan terpilih. Hanya insan bertuah sahaja yang mendapatkan cinta tulus ikhlas dari pasangannya yang ikhlas mencintai. Namun, pengalaman sering mengajar kita erti kehidupan sebenar.


Ramai yang berubah kerana cinta dan ramai yang kecewa kerana cinta. Ada yang langsung tak percaya cinta akibat pernah terluka, tertipu, dan sebagainya. Namun, cinta yang pergi tak semestinya akan pergi selama-lamanya. Mungkin cinta yang berlalu pergi ada hikmah disebaliknya. 



Perkara yang perlu kita elakkan didalam perhubungan adalah sikap tidak mempercayai pasangan. Sering berprasangka buruk kepada pasangan selalunya akan memakan diri sendiri. Berlakulah jujur dan saling percaya mempercayai antara pasangan kerana itulah yang akan mengukuhkan lagi hubungan. Semoga hubungan itu akan kekal selama-lamanya.


No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com