Selamat petang semua pembaca kacak dan cantik..
Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 3 di tahun baru nie. Baru harini aku dapat berukline sekejap. Sejak jadi kakitangan kerajaan nie aku dah agak malas nak melayan fb, twitter. Rasa seronok bekerja pulak. Btw semua dah daftar rebat telefon pintar RM 200 tu ke?
Kalau belum sila pergi portal SKMM.. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan daftar. Klik kat sini
Walaupun dah daftar dan print permohonan tu tapi masih lagi konfius dengan cara nak tebus rebat nie. Sesiapa yang dah daftar tu, diberi masa selama 1 bulan untuk tebus rebat telefon pintar RM 200 anda. Kalau gagal, kena daftar lepas 2 bulan dari tarikh permohonan terdahulu tamat.
Prosedur Langkah Demi Langkah Pendaftaran Rebat RM200
- Satu bulan masa diberikan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan. Pendaftaran boleh di lakukan di halaman portal NBI SKMM Malaysia.
- Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta di NBI SKMM Malaysia. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus seperti yang kami senaraikan di paparan imej di atas
- Dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan ialah seperti Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera @ Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
- Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar 3G yang menjadi pilihan anda dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon 3G (smartphone) tersebut.
- Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat RM200 ini.
- Walaubagaimanapun, anda tidak perlu membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat (rebate) RM200 ini jika anda telah melanggan pakej jalur lebar sebelum ini.
untuk pengguna Celcom.. maxis belum keluar lagi ya!
Nampak gayanya kena pakai prabayar dan tak payah topup lepas nie.
Fikir dulu sebelum memilih.. Banyak duit kena keluarkan..kan..kan
dah daftar dah. heeee.
ReplyDeleteyang prepaid tu pasca bayar ke pra bayar? serius xphm. hehehe
tp, kite pilih maxis :P
Letih lah klu mcm ni..hehehe
ReplyDeleteIqa: Hehe..kena pakai line la iqa. Tu la yg xbestnya.
ReplyDeleteMaxis dihati
Man: Haha..letih2
ReplyDelete