Tak sampai 24 jam saja lagi aku akan menjadi intern Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Seram bulu roma bila dengar abang2 senior cakap kalau dapat government nie. Pishang la aku jawabnya sampai bulan May nanti. But itu semua perlu dihadapi dan paling penting aku berada di negeri sendiri. Ohsem bila ingat dekat dengan mak ayah.
Tips-tipsnya ialah:
1. Rehearsal dulu sebanyak mungkin skrip2 yang bakal ditanya oleh supervisor di tempat kerja anda nanti. Kalau nak cari pasal try tanya soalan pulak kat supervisor tu. Haha
2. Buat2 selamba badak, buat muka seposen, relax, tenang dan bersahaja featuring professional. Bila ditegur, respon dan gaya yang bersahaja. Wah gitu..
3. Pakaian hendak lah sopan, bergaya dan tutup aurat. Rasanya baju kebaya aku reject kot. Kalau hasrat nak pakai seluar yankee berkaki ayam ke, kain pelikat bersama cap ke, baik terjun sungai. Kalau kawasan bandar yang takda sungai tu boleh terjun laut, longkang ataupun terjun dari tingkat 1.
4. Pastikan membawa dokumen2 yang berkenaan semasa nak berjumpa dengan supervisor. Jangan bawak mesin rumput kang bertukar jadi tukang kebun. To kengkawan jangan lupa bawak (Report of Duty Notification & Log Book)
5. Selesakan diri anda ditempat kerja dan pastikan diri anda betol2 sibuk, kalau boring pon berlakon jadi sibuk. Baru tak nampak skema sangat.
6. Bersembang dengan staf2 yang lain agar dapat menaikkan status sosialisme anda. Kalau takda orang nak cakap, cakap dengan makcik cleaner pon jadi la.
7. Last sekali dan paling penting, pastikan tengok jam selalu. Kalau tak pakai jam tengok jam dinding, jam phone, jam kat meja ke kalau ada tapi jangan sesekali tengok jam tangan supervisor kang tak pasal2 kena overtime.
p/s: terima kasih tok guru atas kata2 nasihat dan juga tips2 #Nadd #Raff #Fafa
kena overtime lah best..byk income..hhahha
ReplyDeleteBanyak la income hang! sapa kata praktikal dgn kerajaan dlm elaun
ReplyDelete