Tahun 2013 pasti akan dapat lebih banyak drama dalam hidup aku. Kerana drama, masalah, dugaan dan cabaran takkan pernah berhenti dalam hidup selagi kita masih bernyawa. Tak sabaq nak tunggu cerita panas tahun 2013. Dibawah nie kronologi kisah cik nina.. pahit manis masam semua ada. Just nak kongsi... yang baik jadikan tauladan, yang buruk jangan sesekali ikut.
JANUARI
- Bermula sem 4 yang boring. Bila tengok subjek dah boleh agak duit akan mengalir banyak untuk sem tersebut, waktu tidur aku akan makin berkurang. Start dari bulan itu banyak kali ulang alik Penang-Ipoh setiap minggu dengan kawan klas kerana keja.
FEBRUARI
- Seperti biasa setiap minggu lepas habis klas aku dengan cik pika rushing balik ke Kulim semata-mata jumpa client untuk projek kami. Tiap2 minggu bergilir2 ajak kawan balik dengan kami. Boleh tong2 minyak dengan tol. Nak jimat punya pasal. Dah alang2 tu setiap minggu kami masuk pulau semata-mata nak kayuh basikal kat Batu Feringghi. Boleh dikatakan surau petronas BP tu jadi umah ke 3. Ada satu hari tu hujan lebat, terpaksa berteduh di bustop.. agak lama tunggu hujan berhenti tapi tak so kami kayuh basikal ke kedai sewa n naik keta ke petronas untuk tukaq baju. Ingatkan masalah settle, rambut aku termasuk dalam hairdrayer pika. Mau tak gelak dia, malu gila time tu tapi nasib baik takda orang lain, rambut aku terpaksa dipotong guna pisau belit. Arghhh rosak rambut!
- As usual balik umah bawa hanie. Bulan tu last aku balik Penang dengan kawan memandangkan keja kat Kulim dah siap. Dalam sejarah 1st time jogging kat Ipoh, memang sebelum tu tak pernah jog kat sana. Bukan pemalas nak senam tapi takda kawan nak teman.
lepak ber 3 kt r&r bagan ajam
APRIL
- Join budak2 junior shooting short filem untuk final projek mereka. Yelah sebagai senior aku dah ada pengalaman shooting masa sem 3 dulu jadi tak salah tolong. Lagipun best kalau jadi camerawoman nie. Bajet perasan lebih.
with crew
seronok main upih pinang
MEI
- Study week! final exam dah dekat. Memang penat bulan tu sampai tak tidur untuk beberapa hari hingga muntah teruk sampai badan lembik. Tinggal lagi 2 paper sebelum dijawab aku sempat fly pegi KL jumpa kawan skolah. Shopping cari barang sikit. Bulan paling sweet, akhirnya pertama kali bertemu jejaka fb yang selama setahun lebih kami cuma berhubung tanpa pernah jumpa. Terima kasih untuk segalanya sanggup datang amek kat stesen bas.
JUN
- Happynya dapat habiskan masa kat umah. Dapat jugak aku jumpa kawan2 lama yang terpisah selama 3 tahun. Paling best dapat lappy baru, lappy lama dah koma. Paling sakit bila kaki aku ditimpa kipas angin, menangis ler. Malangnya ibu jari kaki kiri dah ada darah beku :(
JULAI
- Senior sem 5 dengan result yang meningkat.. syukur. Bulan paling aku suka sebabnya dapat makan kek banyak kali. Gemok? who cares. Housemates banyak lahir bulan nie. Tengs kawan2 yang buat surprise bufday untuk aku. Walaupun kat Tesco tapi tak sangka ada lagi nak surprisekan aku. Dapat sambut bufday dan anniversary mak ayah kat umah. Tahun2 yang lepas aku tak dapat sambut. I got new phone. Wee ~~
- Bulan Ramadan paling bermakna sebab semuanya serba-serbi last kat Ipoh. Hehe.. Paling lawak sahur makan maggi, berapa kali tak sempat sahur. Waktu berbuka dengan kawan2 tak dilepaskan. Rasa puasa tahun nie lain sangat. Alhamdulillah raya pon meriah.
- Masa yang ditunggu ialah dapat makan puas2 untuk kali terakhir di jamuan raya kolej.
we Multimediarian's
OKTOBER
- Bulan paling sedih bila tak dapat balik raya korban, gara2 terlupa nak tengok tiket train sampai terlepas. Nasib baik ada keluarga angkat boleh gak raya kat Lenggong. Selalunya duduk rumah kalau takda asiment. Habiskan masa merapu merepek dengan budak2 rumah.
- Habiskan masa hangout dengan kawan ke Hotsprings Sungkai, tinggal lagi 1 paper nak dihabiskan time tu. Last paper kami semua ada dinner last sem. Bulan tu semua akan berpisah dan aku dah mula pindah barang sikit2 dari umah sewa.
- Bulan paling BEST! BEST! BEST! hahaha, dapat berkat kawan yang bertunang. Terpilih untuk pegi kursus Latihan Pembentukan Usahawan MARA di Langkawi. Wow.. memang teruja sangattt..
Overall, aku merasa semua pengalaman hidup sepanjang 2012. Tak dinafikan, lebih banyak penderitaan dan masalah yang kita alami, kita akan menjadi lebih matang dan yakin dalam hidup. Aku percaya segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Dia yang merancang segala-galanya. Sekiranya kita berjaya melalui segala dugaan dan cabaran itu, pasti kita akan tersenyum suatu hari nanti. Banyakkan bersabar.
Azam baru aku tak terfikir lagi nak buat apa tapi yang paling penting dapat menjadi seorang pekerja yang baik, kurang kena marah dengan bos. I hope so.. but, forget about new year resolution, lets have some fun!! Haha. Contoh ajaran sesat mana nie.
pergh siap kronologi lagi.. hebat mu nie..
ReplyDeleteHaha..biasa2 saja
ReplyDeletehihi! Happy new year nina..
ReplyDeletebtw, sungkai best kannn!
times square such a heavenly shopping complex!
Happy new year too fafa..
ReplyDeleteYup, kedua-duanya best :)