Assalamualaikum semua.. sekali lagi aku curi-curi masa meng-update blog. Sudah masuk 8 hari kat Langkawi. Semakin hari semakin rindukan rumah, rindukan mak ayah, rindukan si dia. Tapi mereka buat-buat tak faham. Sedih jugak la hati nie. Oke la takmo touching, nanti hari-hari akan datang muka monyok ja. Dah la duduk jauh dari mereka yang tersayang. Back to story, ada satu kisah dimana kami berempat gatai pi mengorat pelayan hotel sampai dia duduk tak senang bila tengok muka kami. Amboii aku tak termasuk oke, cuma ikut menggedik ja. Bermula dari situ sampai ke malam nie, aku rasa tak baik main-mainkan hati dan perasaan orang. Apakah kesudahan cerita monkey ini. Jeng..jeng
Bakal seorang usahawan..
- Hari menggatal bermula! Sebenarnya aku orang first yang perasan pelayan tu masa dinner hari pertama sampai kat hotel tu. Kesian jugak aku tengok si Nazirul, pelayan a.k.a budak poli yang praktikal tu, boleh tahan hensem jugak la. Last-last nenek 2 orang nie iaitu Qisy dengan Shira kenakan si sorang tu. Kesian wawa, jadi mangsa kami. Ini la part kena mengena. Seronoknya kenakan orang. Haha.. Dah 4 hari tapi aku tak rasa lagi boleh jadi usahawan yang berjaya. InsyaAllah latihan yang kami terima nie akan berguna satu hari nanti. Aminn.. Seperti biasa, tiap-tiap petang dihabiskan dengan beriadah kat dalam hotel tu. Takda masa nak lepak pi jalan-jalan sana sini. Nak jalan kena sewa moto pulak, memang muat nak angkut seramai 8 orang nie. So baik habiskan masa kat kolam tu.
Qisy..dia la yg tulis note untuk pelayan tu. Haha
Bukan group aku. OKB (Orang Kaya Bergaya)
Ais kacang cool
Terencat sikit!
Kami sekepala! 2 kptm vs 2 kpm
Our fav tiap2 petang
Aksi2 yang terlampau seksi seksa
Penerjun tu macam kenal ja
Hari Ke 5
- Hari yang betoi-betoi rasa rugi. Sebab pakar motivasi kami ajar cara main saham. Agak best la jugak, mencabar otak untuk berani bermain dengan duit. Main saham guna duit betoi taw. Jangan main-main. Pokai la aku macam nie. Takut duit shopping susut nanti. Acaner nak shopping banyak banyak2. Dalam group kami, aku jadi secretary. Seronok jugak sebab jadi tukang pangkah. Bukan nak pi mengundi ya tapi pangkah huruf X atau Y untuk saham yang dimainkan. Paling lawak bila ada pasangan yang pakai baju Harimau Malaya. Sokongan dari Langkawi untuk abang-abang pemain bola sepak Malaysia. Sayangnya peminat Wan Zack agak frust sebab dia tak main malam tu. Hehe
Lawyer burok, akauntan senget, secretary cute, ustaz baek
Ini lawyer burok group aku
Mari berdebat..tiap2 hari kena present. This is what we call Simulation
Aww...sweetkan mereka! Shira dgn Arul
Oke la, dah pukul 1 pagi. Mata aku pon dah mengantok nie. Tunggu story yang seterusnya okay. Ada banyak gambar-gambar yang nak diupload. Tak sabaq nak tunjuk kat korang semua. Selamat malam semua. Bye :)
bestnya
ReplyDeleteHehe..boleh la anum
ReplyDeletebestnyee... :)
ReplyDelete