24 December 2012

Hotel Review : Aseania Resort & Spa, Langkawi


Oke lah, seperti sedia maklum, trip berkursus ke Langkawi aritu selama 11 hari aku menginap di Aseania Resort & Spa, Pantai Tengah, Langkawi dan berada di kawasan Pantai Chenang jugak. Seriusly nie first tima aku stay sini sejak melancong ke Langkawi dan tak sangka punyalah best stay situ. Macam2 boleh buat and opcos la kolam renangnya yang dikatakan kolam renang yang terpanjang di Asia. Yeke? tapi memang panjang la.



Pintu masuk


Lobby



Aseania terletak kat Pantai Tengah tapi walk distance je je Pantai Chenang tapi basah la jugak ketiak nak berjalan dan jangan terkejut McD dah ada kat Langkawi dan 3km dari hotel aku menginap tu. Sehari sebelum pergi kursus usha dulu website. Nak tengok tempatnya macam mana, dekat dengan apa, ada kedai runcit la. Bila tengok Aseania nie pegang rekod the longest pool in Asia hati jadi berbunga-bunga oke nak sampai Langkawi. Hehe.. Hotel nie luaran dan dalaman nampak oke dan berwarna PINK. Not bad dan masa aku sampai hotel tengah buat renovation, cat kaler baru. Yelah nampak warna lama pun dah agak lusuh. 



Bestkan? Weee...


Pool kanak2



So far tengok receptionist oke lah, takda nak buat muka toya ke muka sombong ke. Kami disambut dengan senyuman lepas turun dari bas dan angkut luggage dan longgokkan kat depan lobby. Yang tak bestnya kami dapat kunci bilik bawah. Alaaaa asal geng2 baru semua dok atas. Pulak tu mengadap ke arah jalan kalau mengadap ke pool best jugak. Nasib la labu.. 



Jadi kalau nak naik bilik kawan kat atas selalunya naik tangga je sebab lifnya agak sempit. Masuk 4 orang dah sesak. Huh! Tapi ada 2 lif yang mengadap pool. Keluar lif nampak pool, kalau sebelah belakang pool kira dalam sikit dan itulah tempat kami mandi manda, main netball petang2. Asyiknya takda siapa nak kacau, takda gangguan. Patut lah hotel nie banyak omputih menginap and   dari segi makanan pulak. Tiap2 hari menu yang lain cuma ada la jugak menu yang sama tapi aku tak rasa jemu makan makanan kat situ. Mungkin chef dah bertukar yang baru sebab pelayan pun ada dari Filipina. Jom cakap bahasa Tagalog sikit! Haha.. 



Makan tepi pool utama


Pool belakang


Disini disediakan juga bilik meeting yang kesemuanya 3 bilik. Agak besar dan ada juga sederhana yang menjadi bilik kami berkursus. Oke lah tu untuk student macam kami nie nak bising2. Lastly nak cakap pasal bilik. Maybe aku dok bilik bawah jadi matahari agak kureng la bab pancaran nak masuk dalam bilik tapi kalau ada bau memang cepat2 buka tingkap luas2 untuk menghilangkan bau hapak. Tak sangka bilik aku tu dapat 2 katil yang besar la jugak. Tarak hal punya lah nak tidur buas malam2 dan toiletnya pula tiada la bau sangatseperti toilet RnR. Cuma rajin2 la buang sampah dalam toilet dan biarkan cleaner mencuci bilik setiap hari kalau nak bilik bau wangi dan cadar yang bersih :)

No comments:

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com