27 December 2012

Jangan Risau Bila Belum Berpunya


Assalamualaikum selamat petang dunia ...
Indahnya hari nie tak tau kenapa tapi memang best ... sebab hari nie aku bangun tersangat awal macam nak p sekolah ditambah pula kelajuan P1 yang memang laju tanpa orang sebelah rumah dapat tumpang sekaki. Tapi memang indah dari pagi tadi, alhamdulillah still lagi bernafas.



Kalau pasal cinta mesti nak feeling lebih2. Entry nie ada kaitan dengan pagi tadi jugak, tengah syok2 peluk bantal guling sana guling sini ada pulak sorang minah nie col. Pagi2 dah col aku guna no office semata-mata nak gossip pasal sorang lagi kawan skolah aku dah kawin senyap2. Amboi, hilang teruih angan2 aku bila dengar nama budak tu. Dulu budak tu ada buat hal dengan aku. Oke itu semua dah lepas tapi tak patut la kawin diam2. Aku tak kisah pon kalau dia tak jemput. Hahahaha (gelak jahat) tapi kawan aku yang col nie dia amat terkilan sebab masa majlis tunang dia aritu budak skolah kami sorang pon tak datang. So kes touching la nie tapi aku jadi tempat rujukan.. RUJUKAN oke.






Tapi kawan2 aku nie beruntung sebabnya mereka dah masuk group bakal2 isteri terpilih. Yang jadi bini tu lagi la seronok tapi ada jugak yang sedih bila dirinya masih belum berpunya. Sapa yang sedih takda pakwe tu meh nak tampaq.. haha, nak sedih2 buat apa ?? takda makna nak sedih2 .. tambah2 kalau umur dah meningkat, tengok kawan2 lain banyak dah kawen dan ada anak, berderat anak2 kat belakang. Hihi...



Bagi gadis kadang2 hatinya risau, hatinya resah bila masih sendiri .. kadang2 try jugak tapi tak dapat tak jumpa .. bagi pemuda pulak hatinya bimbang .. duit dah cukup awek pulak takda, rasa macam tak lengkap hidup nie. Bila tengok orang dengan pasangan masing2 mula la rasa cemburu, mula la terfikir hidup sedih pastu mencari2 cinta padahal yang memberi cinta itu hanya Allah saja tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam hadis juga mengatakan "orang baik untuk orang baik n sebaliknya". So tak payah la nangis guling2 depan mak kononya takda orang nakkan kita. Nonsense itu semua.



Wahai gadis/jejaka



✔ Berusaha dan bersabar la..memiliki benda yang baik bak berlian bukan senang nak dapat. Bak masuk kandang rimau jumpa rimau, masuk kandang kambing jumpa kambing..macam2 halangan yang ada.


✔ Jangan putus asa..cth: kamu minat seseorang tu tapi dia tolak mentah2 pastu dia tambah pulak luka dihatimu. Dia kata kamu tak hensem tapi jangan sampai timbul dendam. Eh jangan pernah putus asa. Mungkin anda akan terjumpa dengan seseorang.


✔ Usah rasa malu dan teruskan..cth: jika kamu meminati seseorang itu tapi kamu telah berusaha memikat hatinya percaya la selagi kamu terus menerus mendekati dirinya kamu pasti akan memilikinya.


✔ Berdoa dan bertawakal padanya. InsyaAllah.. dan bentuklah peribadimu dan kamu dapat orang selayak peribadimu. Jika peribadimu rendah maka rendah jugak la peribadinya.





Kalau tak dapat jugak macam mana dokter cinta ? kalau tak dapat usah risau telah dicatatkan nama pasangan untukmu ketika didalam rahim lagi. Cuma peribadinya bergantung pada peribadi yang ada pada dirimu. Usah risau lagi ya, senyum la sepuas-puasnya.


6 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

nasihat yang baik untuk sahabat :)

Amanina said...

Terima kasih saiazuan :)

man said...

klu xjmp lg sabar lah..hehe

Fyqa said...

nice ! ^^

Amanina said...

Man: Itu la yg sebaik-baiknya..hehe

Amanina said...

Fyqa: Tengs :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com