18 Dec 2012

Keputusan Peperiksaan Tiada A


Selamat malam semua. Harini segala penat lelah terjawab bila tengok result untuk sem 5. Seperti yang dijangkakan dari Langkawi lagi aku tak dapat result yang oke untuk sem nie. Agak kecewa dengan keputusan especially untuk subjek yang banyak kerja group. Nak marah pun dah tak guna, nasi dah jadi bubur basi. Yang dekan berturut-turut tak dekan sem nie, yang pointer memang tinggi boleh jatuh merosot contohnya aku. Rasa macam nak jerit tapi aku bukan ada depan pantai tapi dalam rumah. Harini tersangat la frust walaupun lulus semua subjek tapi aku tetap rasa sedih sebab semua 'A' aku hilang, banyak B dengan C. Memang frust frust frust...


AMANINA frust menongeng!

Patut la aku tengok cik pika tweet merepek-repek rupanya dia tak dekan sem nie. Halamak memang tahun nie majlis anugerah dekan kurang budak-budak sem 5. Sob..sob. Nak nangis la macam nie. Sedih gila bila fikirkan nasib kami berdua yang langsung tak pernah dapat tidur yang cukup. Selalu merempat kat McD sampai ke subuh semata-mata nak siapkan kerja. Amat perit jadi student nie. Duit banyak yang keluar, masa memang tak pernah cukup.


Apa pun yang berlaku mesti ada hikmahnya. Aku terima dengan redha, terima kasih banyak-banyak kepada semua lecturer kerana mereka tak biarkan aku FAIL. Syukur alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan aku dapat tawaran LI kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tapi sayangnya aku tak dapat nak confirmkan tempat LI tu sebab sistem web kolej buat hal. Arghhhh bencinya! Kena delay lagi macam nie -________-"


Apa pon aku rasa takut nak LI. Nanti macam mana ya first day kat sana. 
KMPP wait for me ya!


2 comments:

  1. betul,betul, sesalan takde guna kalau malas belajar. lain kali sisip cip komputer dalam sereblum.

    ReplyDelete
  2. Haha.. betul2

    kalau la boleh letak cip dh lama buat GW

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com