9 December 2012

Langkawi (Part 1)


Assalamualaikum..
Salam rindu buat semua dari Langkawi. Setelah sekian lama, lebih 6 tahun aku tinggalkan pulau mahsuri tu, aku datang lagi. Memang dah banyak yang berubah. Masuk malam nie dah 4 hari kat sini. Agak seronok sebab diberi peluang berkursus sambil bercuti. Dalam 4 hari juga macam-macam benda yang jadi. Paling happy aku dapat kawan-kawan baru. Memang have fun bila bergaul dengan student Kolej Professional MARA, Sri Iskandar. Kerana mereka juga aku malas nak join budak-budak kolej sendiri. Haha.


Selamat sampai!


Bajet macam baru sampai overseas. Haha



Cerita nie maybe agak basi tapi aku tak sempat nak online. Tersangat tak cukup masa. Dari pagi sampai ke pagi keja busy memanjang. Memang masa digunakan secukup-cukupnya. Benda apa yang kami buat tu?


Hari Pertama
- Sampai di Langkawi waktu petang sambil tunggu bas datang amek kami di jeti terus check in kat Aseania Resort & Spa, Pantai Chenang. Dapat kawan baru, bilik baru, makanan pon sedap-sedap. Rasa macam terus jatuh cinta dengan tempat nie, rasa macam takmaw balik dah. Nie gambar-gambar first day kat sana!


Menunggu bas


Ramaikan


Tadaa...


Beach! yeayy


Pantai Chenang


Duduk sambil tengok sunset.. cantiknya ciptaanNYA



Re-Energize.. Gudnite 



Hari Ke 2
- Kursus start dari pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam tapi kami akan makan 4 kali sehari tak termasuk minum petang dan malam. Lepas nie balik rumah semua gemok. Boleh tahan sedap makanan kat sini. Hari kedua mula program petang kami semua. Ramai-ramai buat kecoh dalam swimming pool. 


Abang jaga kolam tak bagi mandi.. huwaaa


Puteri Dugong


Main race dalam kolam


Candid gitu


Ini la pemenangnya...


video
Jom layan video race dalam kolam


Cantikkan matahari terbenam dari hotel




Hari Ke 3
- Malam ketiga di Langkawi, kami semua lepak makan kat luar hotel. Kedai-kedai kat sini semua tutup tepat pukul 12 malam. Nasib baik ada McD! Tak la kebulur kat sana. Ramai-ramai jalan kaki lepak kat pantai. Punya seronok main kejar-kejar sampai ke pagi. Pukul 3 pagi baru masing-masing balik bilik.


Shahirah, Adib & Arul


Bakso punya pasal


My new frens... 


Gimik je nie


Main kejar-kejar..keluaq peluh jugak


Adib buat taici malam2, kami 1 group



Ada lagi bermacam cerita nak cerita kat korang tapi tunggu dulu. Gambar terlalu banyak yang lucu-lucu. Tunggu part 2 pulak ya. Memori tengah full dengan plan. Ingat petang nie nak main Volleyball lagi la. Main sampai sakit tangan, baru padan muka hang nina. Tiap-tiap petang aku bawak badan masuk pool. Bila lagi dapat peluang macam nie. Tak pernah menginap kat hotel sampai berminggu-minggu. So enjoy. Thanks a lot to MARA Perak kerana menaja penginapan kami 30 orang nie :)

1 comment:

Syida Rasyidah said...

oklaa tu, jadual kursus tak pax, boleh jalan2 kan :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com